Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Zal U’yun Wan Mahmood, Che Abd Rahim Mohamed, Zaharudin Ahmad, Abdul Kadir Ishak
    Kajian ini dijalankan untuk melihat variasi taburan 210Po dan 210Pb melalui profil menegak aktivitinya, serta nisbah aktiviti 210Po/210Pb di dalam teras sedimen yang diambil di beberapa stesen persampelan pesisir pantai perairan Sarawak. Didapati profil taburan radionuklid tersebut dalam teras sedimen adalah berubah-ubah mengikut lokasi persampelan dan telah dibuktikan melalui analisis ANOVA yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti pada 95% aras keyakinan bagi aktiviti 210Po (p = 0.000), 210Pb (p = 0.035) dan 210Po/210Pb (p = 0.000) di semua lokasi kajian. Secara umumnya, aktiviti 210Po dan 210Pb yang diukur masing-masing dalam julat 337 ke 2460 Bq/kg, 11 ke 84 Bq/kg di SR 01; 224 ke 2008 Bq/kg, 6 ke 80 Bq/kg di SR 02; 119 ke 1595 Bq/kg, 6 ke 84 Bq/kg di SR 03; 241 ke 2294 Bq/kg, 5 ke 82 Bq/kg di SR 04 dan 175 ke 1340 Bq/kg, 4 ke 44 Bq/kg di SR 05. Merujuk kepada julat tersebut, didapati aktiviti 210Po adalah lebih tinggi daripada aktiviti 210Pb dengan purata nisbah 210Po/210Pb di semua stesen adalah melebihi satu, iaitu dalam julat 20 ke 35. Variasi profil taburan radionuklid tersebut dipercayai dipengaruhi oleh beberapa faktor sekitaran dan telah dibuktikan terdapat korelasi yang kuat di antara taburan radionuklid dengan komposisi sedimen jenis kelodak (210Po:r = 0.701 dan 210Pb: r = 0.648), kedalaman air (210Po: r = -0.647) dan jarak stesen dari daratan (210Po: r = 0.746 dan 210Pb: r = 0.975). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor tersebut merupakan penyumbang utama ke atas perubahan yang berlaku kepada taburan 210Po dan 210Pb.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links