Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Medicine & Health, 2017;12(1):138-142.
MyJurnal

Abstract

Ligasi arteri sphenopalatine merupakan satu terapi pembedahan untuk masalah
hidung berdarah. Prosedur ini memerlukan pengetahuan yang luas mengenai
variasi anatomi hidung. Walaubagaimanapun, petanda yang biasanya dipercayai
seperti crista ethmoidalis mungkin tidak dijumpai atau tiada langsung. Variasi
tersebut adalah penting dan boleh menentukan keberkesanan prosedur ini.
Kami memaparkan satu kes variasi foramen dan arteri sphenopalatine yang tiada
crista ethmoidalis. Foramen sphenopalatine dijumpai di bahagian atas meatus
superior melepasi lamella concha superior di bahagian horizontalnya. Hanya satu
cabang arteri yang ditemui keluar daripada foramen sphenopalatine. Foramen
sphenopalatine diukur daripada bahagian depan hidung. Ia berukuran 69 mm dari
“nasal sill” dan 54 mm dari limen nasi.