Jurnal Psikologi Malaysia, 2013;olume 27:13-21.

Abstract

Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Telah banyak pembangunan yang tercapai semenjak kemerdekaan termasuklah pembangunan infrastruktur dan ekonomi. Perubahan besar yang dialami oleh negara boleh juga mempengaruhi rakyatnya. Khususnya, dari segi kesejahteraan psikologi rakyat. Maka, kajian ini meneroka personaliti dan gaya kognitif rakyat Malaysia yang dilahirkan sebelum dan selepas merdeka. Soal selidik yang digunakan bagi mengukur kedua-dua konstruk psikologi ini adalah NEO Five Factor Inventory (NEO-FFI) bagi mengukur personality dan Group Embedded Figures Test (GEFT) untuk mengukur gaya kognitif. Responden kajian ini terdiri daripada 261 individu yang dilahirkan sebelum tahun 1957 dan 291 individu dilahirkan selepas 1957 (N=552). Keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan antara domain personality dengan gaya kognitif bagi generasi pra merdeka. Walau bagaimana pun, terdapat korelasi positif yang lemah antara domain personaliti keterbukaan dengan gaya kognitif bagi kumpulan generasi pasca merdeka. Bagi gaya kognitif, terdapat perbezaan signifikan antara kumpula pra dan pasca merdeka. Responden pasca merdeka adalah lebih kepada ‘field independent’ daripada responden pra merdeka. Keputusan juga menunjukkan terdapatnya perbezaan signifikan antara kumpulan pra dan pasca merdeka pada trait-trait keterbukaan dan kehematan. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada generasi pasca merdeka adalah lebih terbuka pada pengalaman daripada mereka yang dilahirkan sebelum merdeka. Walau bagaimana pun, bagi trait kehematan, mereka yang dilahirkan sebelum tahun 1957 memperoleh kehematan yang tinggi berbanding mereka yang dilahirkan selepas merdeka. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa wujudnya perbezaan pada personaliti dan gaya kognitif antara generasi Malaysia sebelum dan selepas merdeka.