Jurnal Psikologi Malaysia, 2015;olume 29:123-134.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti adakah latihan kecerdasan emosi sosial yang dibentuk ini dapat meningkatkan tahap interpersonal. kajian reka bentuk kuasi eksperimental ini menggunakan laporan penilaian kendiri yang diberikan ketika ujian pra dan pasca setelah 14 minggu latihan. Setiap latihan adalah selama 2 jam seminggu. Pelajar tahun 2 daripada Psikologi, Universiti Malaysia Sabah menjadi peserta dalam kajian ini dan 19 orang pelajar dipilih masuk dalam kumpulan eksperimen dan menerima intervensi sementara 22 orang lagi pelajar dipilih untuk kumpulan kawalan. Pemilihan peserta adalah berdasarkan pelajar yang mendapat nilai rendah tahap kecerdasan emosi sosial menggunakan Emotional Quotient Inventory (EQ-i) yang mengandungi 133 item, dibahagikan kepada 5 komponen dan 15 sub skala. Ujian pra diberikan pada awal semester yang bertujuan untuk mendapatkan skor asas dan perbandingan untuk hasil selepas peserta menerima latihan menggunakan Modul Latihan Kecerdasan Emosi Sosial yang dibina sendiri oleh pengkaji. Analisis Wilcoxon dan juga mann-whitney digunakan untuk melihat perbezaan sebelum dan selepas Latihan Kecerdasan Emosi Sosial dalam kumpulan dan juga di antara kumpulan. Hasil kajian melaporkan kemahiran kecerdasan emosi sosial interpersonal telah meningkat selepas latihan diberikan kepada kumpulan rawatan. Manakala tiada terdapat peningkatan skor dalam kumpulan kawalan. Perbandingan di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan pula melaporkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Secara kesimpulannya, latihan kecerdasan emosi sosial (interpersonal) telah memberikan kesan yang positif kepada peserta dalam kumpulan rawatan.