Affiliations 

  • 1 Kolej Universiti Islam Melaka
MyJurnal

Abstract

Kajian ini adalah untuk menyambung kesinambungan kajian terdahulu dengan mengkaji tahap kualiti perkhidmatan dan kesannya terhadap kepuasan pelancong berkaitan produk pelancongan yang ditawarkan di sekitar kawasan Georgetown, Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden kajian. Kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara kualiti perkhidmatan yang terdiri daripada kemudahan destinasi dan tarikan destinasi dalam mempengaruhi kepuasan pelancong asing di Georgetowm, Pulau Pinang. Kaedah yang digunakan adalah persampelan berkelompok dan saiz sampel yang digunakan adalah seramai 90 orang dan semuanya terdiri daripada pelancong asing yang datang ke Georgetown dari akhir bulan Disember sehingga Januari 2017. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kemudahan destinasi dan tarikan destinasi terhadap kepuasan pelancong. Perbincangan, Implikasi dan Cadangan: Daripada hasil dapatan kajian yang diperoleh menujukkan kebanyakan responden berpuas hati terhadap keseluruhan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di sekitar kawasan kajian. Oleh itu, ia berpotensi untuk membuatkan pelancong tersebut datang melancong semula di Pulau Pinang ataupun di Malaysia. Peningkatan terhadap pertumbuhan industri pelancongan akan memberi sumbangan kepada sektor pelancongan dan pendapatan negara.