Di Malaysia, timun laut lebih dikenali sebagai Gamat. Di kalangan kaum Melayu,
gamat sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk melegakan kesakitan,
merawat luka dan kesan terbakar. Ianya juga digunakan sebagai tonik untuk
memberi sumber tenaga tambahan. Stichopus chloronotus merupakan salah satu
spesies timun laut yang boleh didapati di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk
menentukan dos optimum ekstrak akues Stichopus chloronotus emulsi salap ke
atas luka pada model tikus. Beberapa siri kepekatan iaitu 0.1%, 0.5% dan 1%
ekstrak akues Stichopus chloronotus emulsi salap diberikan ke atas luka eksisi sekali
sehari selama 10 hari. Perubahan pada kawasan luka diukur dengan menggunakan
angkup dan gambar luka diambil pada hari pertama, ke-3, ke-6, ke-8 dan ke-10
selepas pembentukan luka. Keputusan daripada peratusan pengurangan luka dan
pemerhatian makroskopik akan menentukan dos optimum Stichopus chloronotus.
Hasil kajian menunjukkan, kumpulan tikus kajian yang menerima rawatan
Stichopus chloronotus 0.5% mempunyai peratusan pengurangan luka yang lebih
tinggi dan pemerhatian makroskopik yang lebih baik bermula dari hari ke-6 selepas
pembentukan luka berbanding kumpulan yang lain. Kesimpulannya, dos 0.5%
merupakan kepekatan optimum bagi Stichopus chloronotus memberikan kesan
kepada penyembuhan luka dan akan digunakan pada kajian sebenar
Gangguan fungsi ereksi adalah salah satu kesan sampingan metadon yang paling lazim. Gangguan ini menjejaskan lebih daripada separuh populasi pesakit metadon dari segi fungsi seksual mereka. Masalah ini dikaitkan dengan penurunan kualiti hidup yang ketara. Gangguan fungsi ereksi boleh menyebabkan masalah yang lebih besar jika tidak dirawat kerana pesakit mungkin memilih untuk menggunakan rawatan sendiri yang berbahaya seperti menyalahgunakan methamphetamine. Penggunaan dadah untuk mengatasi kesan sampingan metadon boleh menyebabkan gangguan penggunaan dadah ganda yang dapat mengganggu rawatan ketagihan dadah. Untuk mengatasi masalah ini, pengamal dan pesakit memainkan peranan yang penting dalam pengurusan gangguan fungsi ereksi. Kesedaran pesakit mengenai gangguan fungsi ereksi dan impaknya serta intervensi aktif oleh doktor untuk mengesan gangguan fungsi ereksi, adalah penting untuk meningkatkan tingkat pengesanan dan pengurusan gangguan fungsi ereksi. Saringan gangguan fungsi ereksi yang kerap dan faktor risikonya akan membantu mengenalpasti pesakit yang menderita gangguan fungsi ereksi. Pelbagai pilihan rawatan seperti rawatan bupropion, trazodone dan banyak lagi tersedia untuk merawat gangguan fungsi ereksi yang akan diterokai lebih lanjut dalam kajian ini.
Eradication of tuberculosis seems to be a long way off especially with the growing of drug resistance tuberculosis and HIV co-infection tuberculosis. The gaps in our knowledge and the limited sensitive and specific biomarkers especially for latent tuberculosis infection make it defensive. The fate of tuberculosis treatment ranged from cured to failure and there are many risk factors involved apart from the immune state and age. Therefore, this review focuses on the understanding of tuberculosis disease progression and the associated risk factors of the events in the disease progression. This article also highlights the diagnostic and predictive marker that may predict the disease progression. In addition, this review highlights the potential use of rifabutin in tuberculosis treatment regimen. It is hoped that this review could give an overview on future directions of research in tuberculosis.
Osteoporosis dikenali sebagai penyakit senyap kerana tidak mempunyai tanda-tanda awal. Ini disebabkan oleh kepadatan tulang yang berkurangan secara perlahanlahan seiring dengan peningkatan usia. Insiden penyakit ini semakin meningkat setiap tahun di seluruh dunia. Mengukur ketumpatan mineral tulang (BMD) menggunakan densitometry tulang konvensional (DXA) adalah praktikal dalam diagnosis osteoporosis tetapi kosnya adalah tinggi dan tidak dapat dilaksanakan dalam masyarakat. Untuk mengukur ketumpatan tulang, “quantitative ultrasound” (QUS) adalah teknik yang agak moden untuk diagnosis osteoporosis. Ianya agak mudah, konsisten, lebih murah dan kaedah yang selamat berbanding dengan teknik densitometry yang lain. Kedua-dua parameter QUS yang diukur pada masa kini adalah ultrasound jalur pengecilan (BUA) dan kelajuan bunyi (SOS). QUS juga dapat menjangka risiko patah. Ianya kini digunakan untuk memantau tindakbalas kepada rawatan anti-osteoporosis. Kajian in-vitro menunjukkan bahawa indeks QUS berhubungkait dengan BMD, bentuk tulang mikro dan parameter mekanikal. Oleh yang demikian, QUS berupaya untuk menjadi teknik baru untuk penilaian tulang.