Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Medicine & Health, 2017;12(1):83-89.
MyJurnal

Abstract

Di Malaysia, timun laut lebih dikenali sebagai Gamat. Di kalangan kaum Melayu,
gamat sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk melegakan kesakitan,
merawat luka dan kesan terbakar. Ianya juga digunakan sebagai tonik untuk
memberi sumber tenaga tambahan. Stichopus chloronotus merupakan salah satu
spesies timun laut yang boleh didapati di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk
menentukan dos optimum ekstrak akues Stichopus chloronotus emulsi salap ke
atas luka pada model tikus. Beberapa siri kepekatan iaitu 0.1%, 0.5% dan 1%
ekstrak akues Stichopus chloronotus emulsi salap diberikan ke atas luka eksisi sekali
sehari selama 10 hari. Perubahan pada kawasan luka diukur dengan menggunakan
angkup dan gambar luka diambil pada hari pertama, ke-3, ke-6, ke-8 dan ke-10
selepas pembentukan luka. Keputusan daripada peratusan pengurangan luka dan
pemerhatian makroskopik akan menentukan dos optimum Stichopus chloronotus.
Hasil kajian menunjukkan, kumpulan tikus kajian yang menerima rawatan
Stichopus chloronotus 0.5% mempunyai peratusan pengurangan luka yang lebih
tinggi dan pemerhatian makroskopik yang lebih baik bermula dari hari ke-6 selepas
pembentukan luka berbanding kumpulan yang lain. Kesimpulannya, dos 0.5%
merupakan kepekatan optimum bagi Stichopus chloronotus memberikan kesan
kepada penyembuhan luka dan akan digunakan pada kajian sebenar