Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Medicine & Health, 2020;15(2):26-36.
MyJurnal

Abstract

Curcumin adalah satu rempah tradisional yang mempunyai potensi untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit inflamatori, termasuk artritis. Kajian ini dijalankan untuk memerhatikan kesan-kesan curcumin ke atas perubahan histopatologi dan aras interleukin-1β (IL-1β) di dalam artritis aruhan kolagen (CIA). Tiga puluh ekor tikus jantan Sprague-Dawley (150+50 g) dibahagikan kepada lima kumpulan secara rawak. Satu kumpulan dijadikan kumpulan kawalan normal (CTRL), manakala selebihnya disuntik dengan 150 μg emulsi kolagen secara subkutan pada hari 0. Kumpulan CTRL dan CIA-Curcumin-d0 masing-masing diberi suplimentasi harian minyak zaitun oil (1 ml/kg) dan curcumin (110 mg/ml/ kg) bermula pada hari 0. Kumpulan CIA-OV (kawalan negatif), CIA-Beta dan CIA-Curcumin-d14 pula, masing-masing diberi suplimentasi harian minyak zaitun (1 ml/kg), Betamethasone (0.5 mg/ml/kg), dan curcumin (110 mg/ml/kg) bermula pada hari 14. Suplimentasi harian tersebut diberi kepada tikus-tikus sehingga hari ke 42. Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan CIA-Beta (**P=0.00) dan CIA-Curcumin-d0 (**P=0.01) masing-masing mempamerkan purata skor histologi yang lebih rendah secara signifikan berbanding kumpulan CIA-OV. Aras IL-1β di dalam serum untuk kumpulan CIA-Beta dan CIA-Curcumin-d0 tidak meningkat secara signifikan pada hari ke 42 berbanding hari 0. Purata peningkatan aras IL-1β dari hari 0 ke hari 42 juga adalah rendah secara signifikan (**P≤0.01) untuk semua kumpulan CIA berbanding kumpulan CIA-OV. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalan purata skor histologi dan aras IL-1β kumpulan of CIA-Curcumin-d0 berbanding kumpulan CIA-Beta. Kesimpulannya suplimentasi awal curcumin berpotensi untuk meminimakan perubahan yang disebabkan penyakit artritis aruhan kolagen pada tikus.