Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan pemberian suplemen puri jambu batu merah (Psidium guajava) ke atas profil darah dan urin tikus teraruh hipertensi. Sebanyak 24 ekor tikus dibahagi 4 kumpulan (kawalan, CG (air suling); dos rendah, LDG (0.5 g/kg berat badan); dos sederhana, MDG (1.0 g/kg berat badan); dos tinggi, HDG (2.0 g/ kg berat badan). Tikus diberi puri jambu batu merah secara suap-paksa selama 28 hari dan diletakkan dalam sangkar individu. Berat organ dan profil lipid serum tidak berbeza secara signifikan antara kumpulan rawatan. Nilai glukosa darah (mmol/l) MDG (5.53±0.69) lebih tinggi secara signifikan berbanding CG (4.53±0.39) dan LDG (4.80±0.54). Tiada
perbezaan signifikan pada status antioksida total, urea, fosfat alkali dan globulin antara kumpulan rawatan. Terdapat perbezaan signifikan pada hematologi darah, bilirubin total, gama-glutamil transpeptidase (GGT), protein total, albumin dan nisbah albumin:globulin antara CG dan kumpulan rawatan. Sel darah merah dan platlet bagi LDG (10.95±0.57×1012/l; 941.17±139.0 ×109/l) lebih tinggi berbanding CG (10.05±0.63 ×1012/l; 858.83±163.4 ×109/l) masing-masing. LDG (3.51 umol/l) mempunyai kepekatan bilirubin total lebih rendah berbanding CG (4.25 umol/l). Tahap GGT pula lebih
tinggi pada HDG (8.67 U/l) berbanding CG dan MDG (7.00 U/l). Nisbah albumin:globulin lebih rendah pada CG (1.50) berbanding MDG (1.36) dan HDG (1.37). Julat pH urin dan kandungan urobilinogen dalam darah antara 7.3-8.0 dan 2.8-3.2 μmol/l masing-masing. Tiada kehadiran glukosa dan bilirubin pada semua urin kumpulan rawatan. Suplemen puri jambu batu merah (Psidium guajava) ke atas tikus SHR menunjukkan tiada kesan signifikan terhadap profil lipid serum, urin, berat organ dan tahap glukosa darah.