Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan suplemen puri jambu batu merah (Psidium guajava) ke atas aktiviti enzim antioksidan, fungsi ginjal dan fungsi hati pada tikus teraruh obesiti. Sebanyak 30 ekor tikus Sprague-Dawley jantan dibahagi 5 kumpulan (kawalan negatif dan positif, CN dan CP (air suling); dos rendah, LDG (500 mg/kg bb); dos sederhana, MDG (1000 mg/kg bb); dos tinggi, HDG (2000 mg/kg bb). Suplemen puri jambu merah diberi bersama diet tinggi lemak selama 6 minggu. Pada akhir kajian, tikus dipuasa semalaman dan dibedah untuk kajian biokimia darah. Pengurangan signifikan dalam berat badan diperhatikan dalam kumpulan rawatan berbanding CN dan CP. Aktiviti spesifik seperti glutation peroksidase (GPx), glutatione redutase (GR) dan superoksida dismutase (SOD) pada tikus teraruh obesiti meningkat berbanding CN. Ujian fungsi ginjal bagi kepekatan urea menurun secara signifikan pada LDG (4.28±0.69 mmol/L), MDG (4.35±0.87 mmol/L) dan HDG (3.85±0.71 mmol/L) berbanding CN (7.02±1.81 mmol/L) masing-masing. Ujian fungsi hati bagi protein total, globulin, nisbah AG dan alanin aminotransferase (ALT) menunjukkan perbezaan signifikan LDG, MDG dan HDG berbanding CN. Nilai jumlah protein bagi MDG (72.67±3.65 g/L) dan HDG (76.00±2.49 g/L) lebih rendah berbanding CN (80.11±1.98 g/L). Nilai globulin bagi LDG (34.17±3.43 g/L), MDG (32.17±1.83 g/L) dan HDG (35.00±3.41 g/L) juga lebih rendah berbanding CN (39.67±0.82 g/L). Nilai nisbah AG bagi LDG (1.22±0.16), MDG (1.28±0.07) dan HDG (1.19±0.14) berbeza secara signifikan dengan CN (1.03±0.08). Nilai ALT bagi LDG (55.83±15.12 U/L), MDG (50.67±22.65 U/L) dan HDG (57.50±8.48 U/L) lebih rendah berbanding CN (77.00±16.26 U/L), masing-masing. Kesimpulannya, suplemen puri jambu merah bermanfaat dalam meningkatkan aktiviti enzim antioksidan dan mencegah komplikasi obesiti yang berhubungkait dengan fungsi ginjal dan hati.