Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
  • 2 Kuwait University
Medicine & Health, 2020;15(1):141-155.
MyJurnal

Abstract

Penyakit lemah jantung merupakan antara lima punca utama kematian penyakit kronik tidak berjangkit berdasarkan rujukan World Health Organization. Sekitar 20% pesakit kegagalan jantung di seluruh dunia memasuki wad semula dalam jangka masa 30 hari selepas discaj. Hal ini demikian biasanya akibat daripada tidak mematuhi penyekatan sukatan air diminum atau pun perkembangan penyakit. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kadar masuk wad dalam 30 hari selepas discaj daripada kegagalan jantung dan faktor berkaitan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada tahun 2016-2017 dengan menggunakan data casemix. Berdasarkan data kod, perbelanjaan digunakan untuk masuk wad semula dalam 30 hari diambilkira. Kadar masuk wad untuk kegagalan jantung dalam 30 hari selepas discaj bagi punca yang sama adalah 53.5% dan 43.5% bagi tahun 2016 dan 2017, sama kadar dengan hospital mengajar yang lain tetapi lebih tinggi daripada kadar di negara maju. Selepas diselaraskan, hanya faktor umur pesakit dan tahap keterukan penyakit menunjukkan kaitan yang bermakna dengan kemasukan wad dalam 30 hari selepas discaj bagi kegagalan jantung. Jangka masa berada dalam wad dan perbelanjaan untuk kemasukkan wad adalah lebih rendah daripada yang sepatutnya dicapai. Sebanyak RM80,329.73 telah dijimatkan pada tahun 2017 atas rawatan yang pantas dan rancangan penjagaan yang komprehensif diberi kepada 19.3% pesakit gagal jantung tahap keterukan tiga. Penurunan kadar kemasukan wad semula dalam 30 hari selepas discaj juga menjimatkan kos pesakit dan menunjukkan penjagaan klinikal yang mantap dan strategi rawatan yang rapi. Kajian casemix ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk penentuan bajet bagi unit kardiologi di PPUKM.