Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Medicine & Health, 2020;15(2):187-214.
MyJurnal

Abstract

Pengetahuan mengenai pendedahan plumbum (Pb) di kalangan kanak-kanak masih kurang baik di kalangan ibu bapa di Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menterjemahkan versi Bahasa Inggeris Chicago Lead Knowledge Test (CLKT) yang asal ke dalam Bahasa Melayu (bahasa tempatan) dan disesuaikan dengan latar belakang budaya negara ini. Langkah-langkah terjemahan adalah sistematik dan berdasarkan ‘International Society for Pharmacoeconomics and Outcome Research’ (ISPOR) iaitu persediaan, terjemahan ke depan, perangkuman, terjemahan mundur, penilaian terjemahan mundur, penyelarasan, pembahasan kognitif, penilaian pembahasan kognitif dan semakan akhir, pembacaan pruf, dan laporan akhir. Jumlah item adalah kekal 24, di mana satu item dihapus, satu item disemak semula, dan satu item ditambah ke dalam borang soalan kaji selidik. Keempat-empat tema iaitu pengetahuan umum, pendedahan, pencegahan dan pemakanan dalam soal selidik ini dikekalkan. Skala respon, skema jawapan, dan sistem pemarkahan adalah tetap sama. Sebilangan besar item mempunyai terjemahan langsung ke bahasa Melayu kecuali item 5, 7, 12, 20, dan 22. Purata (+SD) dan julat interkuartil (IQR) untuk skor keseluruhan pengetahuan adalah 9.50 + 2.45 markah dan 5 markah masing-masing. Skor terendah adalah 4 markah dan skor tertinggi ialah 13 markah. Ini merupakan satu-satunya kajian yang menggunakan pendekatan sistematik dan standard dalam terjemahan dan penyesuaian budaya di Malaysia. Terjemahan CLKT dan penyesuaian budaya di Malaysia akan menyumbang kepada penyelidikan semasa yang lain terutamanya mengenai pendedahan Pb di kalangan kanak-kanak.