Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur
Medicine & Health, 2020;15(2):56-65.
MyJurnal

Abstract

Peningkatan jumlah warga tua dikaitkan dengan penambahan masalah dalam penjagaan kesihatan. Dengan kerumitan penyakit yang berkaitan dengan usia, sistem pengurusan ubat yang baik adalah penting untuk mencegah kesilapan ubat. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan soal selidik untuk menilai pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) penjaga terhadap pengurusan ubat di rumah jagaan kejururawatan (RACFs). Satu kajian keratan rentas telah dijalankan dan melibatkan penjaga dari 90 RACF di seluruh Malaysia. Soal selidik yang dibangunkan berdasarkan tinjauan literatur dan pendapat pakar ini mengandungi 41 item yang dibahagikan kepada tiga domain. Dalam kajian ini, kadar respons adalah 71% dengan 128 soal selidik yang dikembalikan. Skor median yang diperolehi untuk pengetahuan, sikap dan amalan masing-masing adalah 77.27, 70.83 dan 68.66. Majoriti penjaga (71.9%) disifatkan mengetahui asas pengurusan ubat, bagaimanapun, hampir separuh daripada mereka (48.4%) tidak pernah menerima sebarang latihan mengenainya. Lebih separuh daripada penjaga mempunyai tahap pengetahuan yang baik (69.5%, n = 89), separuh lagi (57.8%, n = 74) mempunyai sikap yang baik dan kurang daripada separuh mempunyai amalan yang baik (46.9%) terhadap pengurusan ubat. Tahap pendidikan, kelayakan khusus dan pengalaman latihan pengurusan ubat adalah faktor yang dikaitkan dengan hasil skor yang baik (p