Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur
  • 2 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Medicine & Health, 2020;15(1):198-207.
MyJurnal

Abstract

Penilaian status kesihatan mental dalam kalangan pesakit penglihatan terhad (LV) bukan merupakan rutin pemeriksaan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti status kesihatan mental dalam kalangan pesakit LV menggunakan soal selidik "Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) and Hospital Anxiety and Depression (HAD) Scale". Seramai 100 pesakit LV telah dipilih secara rawak. Pemeriksaan piawai LV dan penilaian kesihatan mental menggunakan soal selidik DASS-21 dan HAD scale telah dijalankan. Purata umur subjek adalah 62.77+9.15 tahun. Subjek terdiri daripada 63% Melayu, diikuti 26% Cina dan 11% India. Purata tahap penglihatan subjek adalah 0.45+0.24 LogMAR. Keputusan kajian menunjukkan min skor kemurungan dan kerisauan bagi soal selidik HAD Scale adalah 3.11+3.35 dan 2.85+3.21. Min skor kemurungan, kegelisahan dan tekanan bagi soal selidik DASS adalah 4.83+6.90, 3.58+3.79 dan 6.18+6.92. Ini menunjukkan min skor bagi kedua-dua soal selidik adalah dalam julat normal mengikut klasikasi tahap keterukan HAD dan DASS. Soal selidik HAD Scale menunjukkan 12% daripada subjek mengalami kemurungan dan 8% mengalami kegelisahan, manakala soal selidik DASS menunjukkan 7% mengalami kemurungan, 17% mengalami kegelisahan dan 24% mengalami tekanan. Ini menggambarkan bahawa kesihatan mental pesakit LV boleh terjejas disebabkan oleh gangguan penglihatan. Kesimpulannya, status kesihatan mental pesakit LV boleh ditentukan secara objektif menggunakan soal selidik DASS-21 dan HAD Scale. Penentuan status ini juga memastikan rawatan dan rehabilitasi yang lebih optimum dapat diberikan kepada pesakit LV.