Soal-selidik Kecelaruan Keresahan Menyeluruh-7 (GAD-7) versi Bahasa Melayu telah menunjukkan kesahan bersamaan, iaitu kepekaan dan kekhususan yang tinggi sebagai alat saringan untuk keresahan. Namun, ciri-ciri psikometriknya dari segi kesahan faktor belum lagi dikaji dengan lebih lanjut. Kajian ini memeriksa struktur faktor GAD-7 versi Bahasa Melayu di antara 300 orang pesakit luar kencing manis (purata umur: 60.4 tahun, sisihan piawai: 13.4 tahun; 52.7% lelaki) di sebuah hospital universiti di Kuala Lumpur, Malaysia. Peserta kajian mengisi soal-soal selidik tentang maklumat sosiodemografik, GAD-7, Inventori Kemurungan Beck (BDI), dan WHOQOL-BREF. GAD-7 versi Bahasa Melayu menunjukkan konsistensi dalaman yang baik (Alfa Cronbach=0.91) dan kesahan konvergen yang tinggi dengan kemurungan (R Pearson=0.642, p