Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkaitan antara tahap kemurungan, kesihatan mental, kesan sokongan sosial dan kesejahteraan psikologi di kalangan mangsa rogol dengan aspek demografik. Subjek kajian seramai 30 wanita telah dipilih dari Pusat Perlindungan dan Pemulihan Wanita, di Batu Caves, Selangor. Kaedah ujian yang digunakan terdiri daripada Beck Depression Inventory, General Health Questionnaire-28, Provision Social Relation dan soalan demografik. Soalan diedarkan di kalangan mangsa diikuti dengan penerangan ringkas ke atas kaedah ujian. Analisis data menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor umur dan kesejahteraan psikologi mangsa (p = 0.004). Selain itu, kemurungan didapati mempengaruhi secara signifikan ke atas kesihatan mental (R' = 0.60, [F (1, 27) = 40.312, p < 0.0011). Kajian inijuga mendapati hubungan yang positif antara kesihatan mental dan kemurungan (r = 0.77). Ini bermaksud semakin tinggi kemurungan yang dialami mangsa, semakin tinggi kesan ke atas kesihatan mentalnya.