Abstract

Hoarding merupakan tingkah laku individu mengumpul dan menyimpan barang secara berlebihan dan seringkali melibatkan barang yang tidak perlu. Tingkah laku hoarding merupakan sejenis penyakit mental di bawah kecelaruan obsesif-kompulsif menurut Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5). Individu yang mengalami tingkah laku hoarding ini tidak dapat menjalani kehidupan seharian secara normal dan mengalami masalah mental. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku hoarding dalam kalangan wanita bekerjaya. Seramai 150 orang responden telah dipilih secara persampelan mudah untuk menjawab satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga jenis instrumen iaituGeneral Health Questionnaire (GHQ12), Hoarding Rating Scale (HRS), dan Mental Health Inventory (MHI). Hasil kajian ini mendapati bahawa majoritiwanita bekerjaya di sekitar Bangi, Selangor mempunyai tahap hoarding yang rendahiaitu sebanyak 83.3 peratus. Manakala sebanyak 16 peratus mempunyai tahap hoarding yang sederhana dan hanya seorang responden yang mempunyai tahap hoarding yang tinggi. Majoriti responden mempunyai tahap kesihatan mental yang sederhana dan hanya 12 peratus responden yang mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi. Didapati wujudnya hubungan yang signifikan antara tingkah laku hoarding dengan tahap kesihatan mental. Kajian ini menunjukkan terdapat kecenderungan responden kajian mengalami masalah mental akibat tingkah laku hoarding. Tingkah laku hoarding perlu dikawal dalam kalangan wanita yang bekerjaya agar mereka mencapai tahap kesihatan mental yang baik. Tingkah laku hoarding mempunyai kesan negative kerana ia memberi impak besar ke atas keupayaan seseorang untuk berfungsi secara produktif.