Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan di antara perapatan ibu bapa-anak dan estim diri dengan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia. Seramai 130 remaja perempuan yang hamil luar nikah berumur 14 hingga 19 tahun dari empat buah Institusi Perlindungan dan Pemulihan di negeri Selangor, Perak, Johor dan Kelantan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Kajian ini menggunakan tiga soal selidik iaitu Inventori Perapatan Ibu Bapa-anak dan Rakan Sebaya (Armsden & Greenberg 1987), Skala Estim Diri Rosenberg (Rosenberg, 1965) dan Skala Ringkas Sikap Terhadap Tingkah Laku Seksual (Hendrick & Reich, 2006). Kesemua alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini menghasilkan nilai Pekali Alpha Cronbach antara 0.82 hingga 0.90. Dapatan kajian menunjukkan tahap perapatan ibu bapa dengan remaja di tahap sederhana, tahap estim diri yang tinggi dan sikap tingkah laku seksual berada di tahap yang tinggi. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan perkaitan signifikan antara perapatan ibu bapa anak (r=-.220, p