Affiliations 

  • 1 Institute for Medical Research
  • 2 Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi
MyJurnal

Abstract

Merokok merupakan amalan yang dimulakan sewaktu usia remaja. Beberapa kajian yang dijalankan terdahulu di negara maju mendapati keluarga mernpakan faktor penyumbang kepada amalan ini. Meskipun pelbagai kajian di negara·negara rnaju, namun tidak banyak kajian berkaitan aspek ini yang dilaporkan di negara ini. Data kajian lverkait dengan pembolehubah kekeluargaan iaitu hubungan kekeluargaan, pandangan remaja tentang reaksi ibu bapa terhadap amalan rnerokok, struktur keluarga, jumlah ahli keluarga, status merokok di kalangan ibu bapa dan jantina dengan amalan merokok diperolehi dari 251 pelajarpelajar sekolah menengah (Tingkatan 5) (48.2% lelaki dan 51.8%
perempuan} di Daerah Kota Ting?. Johon Kajian ini mendapati sikap ibu bapa yang negatif dan bapa yang tidak merokok merupakan faktor pelindung dari amalan merokok. Hasil kajian mencadangkan faktor kekeluargaan memainkan peranan dalam mempengaruhi amalan merokok di kalangan jantina. Institusi kekeluargaan hendaklah dilibatkan dalam program pencegahan amalan merokok di kalangan remaja.