Kecelaruan spektrum Autisme (ASD) merupakan sejenis ketidakseimbangan
perkembangan neuro kanak-kanak yang dikaitkan dengan kecacatan kognitif
dan bahasa. Penyelidikan sebelum ini mendapati bahawa kanak-kanak yang
mempunyai ketidakseimbangan perkembangan meningkatkan tahap tekanan
ibu bapa. Namun, ibu bapa yang mempunyai anak ASD mengalami tahap
tekanan yang lebih tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak
ketidakseimbangan perkembangan yang lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji perbezaan tahap tekanan antara ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak
ASD dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak perkembangan tipikal (TD) yang
dikategorikan dalam kumpulan kontrol. Borang indeks tekanan ibu bapa, terbitan
ketiga digunakan untuk menilai tahap tekanan dalam kalangan 30 ibu bapa yang
mempunyai kanak-kanak ASD dan 36 ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak
TD. Sampel ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak autisme dikumpul dari Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Hospital Tangkak, dan Pusat
Autisme (NASOM) di Muar dan Segamat. Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak
ASD mempunyai tahap tekanan yang signifikan lebih tinggi berbanding ibu bapa
mempunyai kanak-kanak TD (p