Affiliations 

  • 1 Universiti Utara Malaysia
  • 2 University of Malaya
  • 3 Kementerian Pendidikan Tinggi
  • 4 Universiti Teknologi MARA
MyJurnal

Abstract

Learning Strategy and Study Inventory (LASSI) merupakan suatu instrumen laporan kendiri yang digunakan untuk menilai strategi pembelajaran berdasarkan model umum pembelajaran kognitif dan model strategik pembelajaran. untuk mendapatkan maklumat tentang strategi pembelajaran pelajar Perubatan dan Pergigian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS). Instrumen yang telah dibangunkan oleh LASSI diadaptasi dan digunapakai. Tiga komponen utama yang diukur dalam LASSI iaitu KEMAHuAn, KEMAHIrAn dan PErATurAn KEnDIrI. Populasi kajian merangkumi pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi dari IPTA dan IPTS yang mengikuti program Perubatan serta Pergigian atau program Perubatan sahaja. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar menunjukkan keperihatinan pelajar untuk mempelajari maklumat baru, sikap dan minat terhadap bidang yang dipelajari dan disiplin diri amat rendah berbanding pelajar di negara maju. Perbandingan skor pelajar IPTA dan IPTS menunjukkan terdapat perbezaan bagi faktor Kebimbangan, Pemprosesan Maklumat dan Strategi Pengujianan. Perbandingan skor pelajar lepasan Matrikulasi dan STPM pula menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi hampir semua skor bagi faktor LASSI kecuali Mat Bantu Pembelajaran dan Pengujian Kendiri. Perbandingan skor pelajar Perubatan dan Pergigian pula menunjukkan strategi pembelajaran bagi kedua dua kumpulan pelajar yang mengikuti bidang kritikal tersebut adalah sama dengan tiada sebarang perbezaan yang signifikan dalam sebarang faktor LASSI. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar yang mengikuti program kritikal mempunyai strategi pembelajaran yang kurang baik. Sehubungan itu pihak pengurusan perlu mengambil inisiatif untuk membantu pelajar dalam memperkemaskan strategi pembelajaran mereka. Strategi pembelajaran yang kurang efektif akan mengundang kesan sampingan yang tidak sihat seperti kemurungan atau stress di kalangan pelajar.