Affiliations 

  • 1 Universiti Teknologi Malaysia
MyJurnal

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti secara terperinci tentang kursus kokurikulum
berteraskan pembelajaran servis (CSL) dan kecenderungan pemilihan kursus mengikut persepktif
pelajar diploma di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL). Kepentingan dalam
berkokurikulum sangat penting dalam mengukuhkan sifat insaniah dalam diri seorang pelajar yang
cemerlang. Kajian ini melibatkan 406 responden daripada 1,904 jumlah populasi pelajar diploma
UTMKL. Data dikumpul melalui instrumen borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar diploma
UTMKL. Analisis kajian mendapati terdapat pelbagai jenis kokurikulum dibahagikan mengikut empat
(4) kluster masing-masing yang dikenal pasti bagi objektif pertama. Objektif kedua pula adalah
mengenal pasti kecenderungan pelajar terhadap pilihan kursus CSL ini. Didapati bahawa kursus yang
berteraskan kesukarelawan mencatatkan kecenderungan yang paling tinggi. Manakala skor kursus
Memanah dari kluster sukan, rekreasi dan kebudayaan pula mencatatkan skor pelajar yang paling tinggi
kecerungan pelajarnya. Kesimpulannya, walaupun jumlah respondan hanya 21.32% dari bilangan
populasi yang memberikan maklumbalas kepada kajian ini, namun ia dapat memberikan indikator
kepada kecenderungan pemilihan kursus CSL mengikut persektif pelajar diploma UTMKL. Hasil
daripada kajian ini boleh digunapakai dalam membuat perancangan penawaran kursus CSL mengikut
pilihan dan kehendak pelajar.