Sains Malaysiana, 2016;45:669-676.

Abstract

Suatu kajian mengenai taburan dan kepelbagaian spesies Foraminifera bentik di dalam sedimen permukaan telah
dijalankan di sekitar Delta Sungai Pahang, Pahang. Sebanyak 33 sampel sedimen telah diambil bagi tujuan ini.
Hasilnya, sebanyak 82 spesies, 45 genus dan 29 famili telah berjaya dikenal pasti daripada sejumlah 28,501 individu
Foraminifera. Stesen 5 mencatatkan jumlah kehadiran Foraminifera paling tinggi iaitu sebanyak 5,543 individu. Stesen
11 pula mencatatkan jumlah kehadiran paling rendah dengan hanya 46 individu sahaja. Spesies yang paling dominan
dan melimpah (>10%) ialah Amphistegina lessonni (4,790 individu) dan Amphistegina gibbosa (4,490 individu).
Kemudian, diikuti oleh Elphidium advenum, Operculina ammonoides dan Asterorotalia pulchella (>5%). Bagi famili
pula, Amphisteginidae merupakan famili paling dominan dengan mencatatkan jumlah individu tertinggi iaitu 9,280
(mewakili 32.6% daripada keseluruhan individu). Famili Hauerinidae mencatatkan kepelbagaian spesies yang paling
tinggi iaitu sebanyak 24 spesies telah berjaya dijumpai. Indeks kepelbagaian spesies, H’ yang dicatatkan adalah antara
1.1 dan 3.1. Manakala indeks kekayaan spesies, α adalah antara 2.0 dan 9.4.