Displaying all 4 publications

Abstract:
Sort:
  1. Ramlan Omar, Noraswana Nor Faiz
    Sains Malaysiana, 2010;39:199-207.
    Kajian mengenai taburan ostrakod di dalam sedimen luar pantai telah dijalankan sekitar Pulau Besar, Johor. Sebanyak 11 stesen telah dipilih sebagai stesen pensampelan. Sebanyak 47 spesies ostrakod hidup dan mati daripada 37 genus dan 18 famili telah dikutip dan dikenal pasti. Sebanyak 1036 spesimen mati dan 932 spesimen hidup telah dijumpai di kawasan kajian. Spesies yang paling dominan adalah Pistocythereis cribriformis dan famili yang paling dominan ialah Trachyleberididae. Famili yang mempunyai kepelbagaian spesies terbanyak ialah Trachyleberididae dengan 14 spesies. Beberapa parameter fiziko-kimia telah diukur secara in-situ terdiri daripada suhu, saliniti, oksigen terlarut, pH dan kedalaman. Julat bagi setiap parameter masing-masing adalah 27.05-30.80oC, 31.20-34.01 ppt, 6.90-11.93 mg/L dan 6.60-20.50 m. Bagi parameter fiziko-kimia ex-situ seperti peratus bahan organik, pasir, lodak dan lempung dengan julat bagi setiap parameter masing-masing adalah 1.98-7.58%, 74.87-95.05%, 0.05-24.21% dan 0.75-9.74%. Tekstur sedimen di kawasan kajian boleh dikelaskan kepada pasir berlodak, pasir sangat halus, pasir halus, pasir sederhana dan pasir kasar. Indeks Shannon-Wiener, H(S) yang paling tinggi dicatatkan pada stesen ST 6 dengan 2.91 dan paling rendah pada stesen ST 11 iaitu 2.26. Kelimpahan dan kepelbagaian ostrakod adalah berkait dengan ciri-ciri sedimen. Peratus lodak menunjukkan korelasi positif yang signifikan manakala suhu dan peratus pasir menunjukkan korelasi negatif yang signifikan dengan kelimpahan ostrakod bentos. Parameter-parameter fiziko-kimia yang lain tidak menunjukkan hubungan yang signifikan.
  2. Sahibin Abd. Rahim, Mohamad Md. Tan, Ramlan Omar, Zulfahmi Abdul Rahman, Tukimat Lihan, Lim S
    Eleven marine sediment samples from Sg. Tengi Estuary, Tanjung Karang were analysed for their major elements in the oxides form (SiO2, Al2O3, Fe2O3, Na2O3, MgO, CaO, K2O, TiO2, P2O5 and MnO) and trace elements (Ba, Co, Cr, Cu, Ni, Pb, Rb, Sr, V, Zn, and Zr) contents. The muddy marine sediment was collected at the left and right side of the river mouth as far as one kilometre away and about 25-30 meters from the edge of existing growth. Some of the mud sample appears to have cockleshell flakes in them. The mean of major elemental content (oxides form) in the sediment in decreasing order were dominated by SiO2 (56.3%), followed by Al2O3, (15.5%), Fe2O3 (4.1%), Na2O (2.7%), CaO (2.6%), MgO (2.3%), K2O (1.8%), TiO2 (0.5%), P2O5 (0.14%) and MnO (0.06%). Volatile substances represented by loss on ignition (LOI) (13.9%) occupied substantial amounts of the sediment volume. The most abundant trace elements displayed as mean was Zr (222 mgkg-1), followed by Ba (200 mgkg-1), Sr (172 mgkg-1), Rb (131 mgkg-1), Zn (103 mgkg-1), V (l02mgkg-1), Cr (84 mgkg-1), Pb (40 mgkg-1), Ni (34 mgkg-1), Cu (31 mgkg-1) and Co (22 mgkg-1). Correlation analysis showed that Cr, Pb and Zn were positively related to the Fe203 and Al2O3 content whereas increase in pH immobilised Cr and Zn in the sediment. The mean of Cr (84 mgkg-1) and Zn (103 mgkg-1) content in sediment were higher than the lower limit of their respective threshold concentration.
    Sebanyak 11 sampel sedimen marin daripada muara Sg. Tengi, Tanjung Karang telah dianalisis untuk menentukan kandungan unsur major dalam bentuk oksida (SiO2, Al2O3 Fe2O3, Na2O3, MgO, CaO, K2O, TiO2, P2O5 and MnO) dan unsur surih (Ba, Co, Cr, Cu, Ni, Pb, Rb, Sr, V, Zn, and Zr). Sedimen marin berlumpur dikutip daripada bahagian kiri dan kanan muara sungai dalam jarak sejauh kira-kira 1 km dan 25-30 meter ke arah laut daripada kawasan pertumbuhan yang sedia ada. Sebahagian daripada sampel lumpur tersebut mempunyai kandungan serpihan kulit kerang. Purata kandungan unsur major di dalam sedimen mengikut urutan menurun adalah didominasi oleh SiO2 (56.27%) diikuti oleh Al2O3 (15.5%), Fe2O3 (4.1 %), Na2O (2.7%), CaO. (2.6%), MgO (2.3%), K2O (1.8%), TiO2 (0.5%), P2O5 (0.14%)dan MnO. (0.06%). Sebatian mudah meruap diwakili oleh kehilangan menerusi pembakaran (LOI) (13.9%) mengisi isipadu yang agak besar di dalam komposisi sedimen. Purata kandungan unsur surih yang terbanyak ditunjukkan. oleh Zr (222 mgkg-1), diikuti oleh Ba (200 mgkg-1), Sr (172 mgkg­-1), Rb (131 mgkg-1), Zn (103 mgkg-1), V (l02 mgkg-1), Cr (84 mgkg-1), Pb (40 mgkg-1), Ni (34 mgkg-1), Cu (31 mgkg-1) dan Co (22 mgkg-1). Analisis korelasi menunjukkan Cr, Pb dan Zn mempunyai hubungan positij yang signijikan dengan Fe2O3 dan Al2O3, manakala peningkatan pH memegunkan Cr dan Zn dalam sedimen. Purata kandungan Cr (84 mgkg-1) dan Zn (103 mgkg-1) di dalam sedimen lebih tinggi daripada paras yang dikira berpotensi toksik di dalam sedimen.
  3. Li C, Muhamad Naim Abd Malek, Ramlan Omar, Noraswana Nor Faiz, Liu Y
    Sains Malaysiana, 2016;45:669-676.
    Suatu kajian mengenai taburan dan kepelbagaian spesies Foraminifera bentik di dalam sedimen permukaan telah
    dijalankan di sekitar Delta Sungai Pahang, Pahang. Sebanyak 33 sampel sedimen telah diambil bagi tujuan ini.
    Hasilnya, sebanyak 82 spesies, 45 genus dan 29 famili telah berjaya dikenal pasti daripada sejumlah 28,501 individu
    Foraminifera. Stesen 5 mencatatkan jumlah kehadiran Foraminifera paling tinggi iaitu sebanyak 5,543 individu. Stesen
    11 pula mencatatkan jumlah kehadiran paling rendah dengan hanya 46 individu sahaja. Spesies yang paling dominan
    dan melimpah (>10%) ialah Amphistegina lessonni (4,790 individu) dan Amphistegina gibbosa (4,490 individu).
    Kemudian, diikuti oleh Elphidium advenum, Operculina ammonoides dan Asterorotalia pulchella (>5%). Bagi famili
    pula, Amphisteginidae merupakan famili paling dominan dengan mencatatkan jumlah individu tertinggi iaitu 9,280
    (mewakili 32.6% daripada keseluruhan individu). Famili Hauerinidae mencatatkan kepelbagaian spesies yang paling
    tinggi iaitu sebanyak 24 spesies telah berjaya dijumpai. Indeks kepelbagaian spesies, H’ yang dicatatkan adalah antara
    1.1 dan 3.1. Manakala indeks kekayaan spesies, α adalah antara 2.0 dan 9.4.
  4. Noraswana Nor Faiz, Kamal Roslan Mohamed, Ramlan Omar, Zulkhairi Akmar Ahmad
    Sains Malaysiana, 2017;46:1709-1719.
    Suatu kajian telah dijalankan untuk menentukan kepelbagaian dan kelimpahan foraminifera di sedimen permukaan sekitar delta Sungai Kelantan memandangkan kajian foraminifera terutamanya di perairan marin Malaysia amat kurang. Sejumlah 22 stesen daripada dua garisan transek telah ditentukan sebagai kawasan persampelan. Sebanyak 10,317 individu foraminifera yang terdiri daripada 27 famili, 34 genus dan 55 spesies telah ditemui di kawasan kajian. Secara keseluruhannya, famili Hauerinidae mencatatkan kepelbagaian spesies tertinggi (10 spesies) manakala famili paling dominan dengan jumlah individu tertinggi ialah Rotaliidae (26.14%). Spesies dominan dan paling melimpah di kawasan kajian ialah Asterorotalia pulchella (17.24%) dan Operculina ammonoides (10.19%). Indeks kepelbagaian spesies, H’ yang dicatatkan ialah antara 0.5 hingga 3.1 manakala indeks kekayaan spesies, α adalah antara 1.5 hingga 7.9. Kelimpahan dan kepelbagaian spesies tertinggi (α=7.9, H’=3.1) dicatatkan pada stesen 21 yang terletak di laut terbuka dengan kedalaman air sebanyak 36.8 m dan bersaliniti 32.2 ppt mendekati laut normal. Nilai H’ dan α terendah dicatatkan pada stesen yang berdekatan dengan muara sungai yang cetek dan bersaliniti lebih rendah. Secara keseluruhannya, nilai indeks kepelbagaian yang dicatatkan di kawasan kajian adalah menepati persekitaran marin berair cetek. Kesimpulannya, kepelbagaian dan kelimpahan foraminifera di kawasan kajian dipengaruhi oleh kedalaman dan saliniti air.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links