Sains Malaysiana, 2007;36:9-13.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kepelbagaian nisbah 234U/238U yang wujud di dalam jumlah pepejal terampai (TSS) pada lapan stesen yang berbeza di Kuala Selangor, Selangor. Prosedur kajian ini melibatkan proses persampelan, pemendakan, resin penukaran anion, pemendakan elektrik dan teknik pengiraaan spektrometer alfa. Nisbah 234U/238U adalah paling tinggi di Stesen 8 (234U/238U = 2.98) dan Stesen 2 (234U/238U = 3.34) pada persampelan pertama. Manakala pada persampelan kedua julat nisbah 234U/238U adalah lebih luas iaitu antara 1.29 (Stesen 4) hingga 11.57 (Stesen 6). Ini disebabkan oleh berlakunya pergerakan 234U bersama-sama mikroorganisme di dalam fasa terampai dan berlaku proses penurunan U(VI) kepada U(IV) yang akan memendakkan uranium daripada air ke dalam sedimen.