Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mencirikan kepelbagaian kelakuan cuaca dalam lapisan bawah dan atas atmosfera, terutama kebergantungannya kepada keadaan di dalam troposfera dan ionosfera pada enam stesen yang berbeza di UKM Bangi, Selangor. Pengukuran adalah berasaskan pemonitoran jangka pendek wap air bolehmendak (PWV) dalam troposfera dan jumlah kandungan elektron (TEC) dalam ionosfera menggunakan penerima GPS Bumi. Data PWV, TEC dan pengukuran meteorologi permukaan adalah dicerap bermula 12 November sehingga 7 Disember 2007. Hasil pemonitoran menunjukkan bahawa kedua-dua profil kebolehubahan PWV dan TEC memperlihatkan kitaran harian. Purata harian PWV dan TEC adalah tinggi, masing-masing dengan nilai ~42 mm dan ~35 TECU. Perubahan kedua-duanya didapati dipengaruhi aktiviti Matahari.