Displaying publications 1 - 20 of 507 in total

Abstract:
Sort:
  1. Ng KW, Aidil Abdul Hamid, Mohd Sahaid Kalil, Wan Mohtar Wan Yusoff
    Pertumbuhan sel secara selanjar pada keadaan mantap telah diperolehi dalam pengkulturan dengan bioreaktor padat. Produktiviti (0.02 g/L/j) bioetanol yang paling tinggi diperolehi adalah pada pengudaraan 0.003 vvm. Produktiviti bioetanol didapati meningkat dengan peningkatan kadar pencairan. Produktiviti tertinggi sebanyak 0.037 g/L/j direkod semasa kadar pencairan (D) 0.05 per jam. Penghasilan bioetanol secara selanjar telah berjaya diselenggarakan pada keadaan tidak 100% anaerobik. Pengudaraan yang terbaik untuk produktiviti bioetanol dalam keadaan seimbang pertumbuhan sel dan penghasilan bioetanol ialah pada 0.003 vvm.
    Matched MeSH terms: Color
  2. Tan AK, Mallika P, Md Aziz S, Asokumaran T, Intan G
    Malays Fam Physician, 2008;3(2):87-90.
    PMID: 25606123 MyJurnal
    Purpose. To highlight the importance of using the Farnsworth Panel D-15 Hue test in colour vision testing in patients on ethambutol treatment. Case Report. A 70 year-old lady received ethambutol as part of her anti-tuberculous regime. She developed blue-yellow colour defect detectable with the Farnsworth Panel D-15 Hue test, but not with the Isihara Pseudoisochromatic Plates. Ethambutol was immediately discontinued from her anti-tuberculous regime. Two months later, her colour vision returned to normal. Conclusion. This case report illustrates the importance of regular monitoring of patients receiving ethambutol for blue-yellow colour defect using the Farnsworth Panel D-15 Hue Test.
    Matched MeSH terms: Color; Color Perception Tests; Color Vision
  3. Mohamad Hanif Kamal Roslan, Che Aziz Ali, Kamal Roslan Mohamed
    Sains Malaysiana, 2018;47:2251-2258.
    Semakan semula litostratigrafi Formasi Singa dilakukan berdasarkan data-data baru yang diperoleh melalui kajian
    terbaru. Secara umumnya, Formasi Singa dominan dengan batu lumpur hitam yang berselang lapis dengan batu pasir
    nipis hingga sederhana tebal serta sedikit lapisan konglomerat. Kajian melibatkan analisis terhadap beberapa log
    sedimen yang telah direkodkan di lapangan. Kesemua log sedimen tersebut telah dikorelasikan untuk mendapatkan satu
    log komposit yang mewakili keseluruhan Formasi Singa. Berdasarkan kajian terperinci korelasi litologi yang dilakukan,
    cadangan litostratigrafi baru Formasi Singa mengandungi empat ahli iaitu Ahli Kentut, Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli
    Lembung. Ahli Kentut merupakan ahli yang paling tua diikuti dengan Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Ahli
    Ular di dalam Formasi Singa dianggap sebagai satu unit kekanta antara Ahli Kentut dengan Ahli Selang. Beberapa
    siri perubahan paras laut ditafsirkan sepanjang pengendapan batuan Formasi Singa dipercayai akibat daripada proses
    pencairan glasier yang menyebabkan paras laut meningkat dan pengendapan berterusan yang menyebabkan lembangan
    menjadi cetek dan paras laut menjadi rendah.
    Matched MeSH terms: Color
  4. Ye G, Jiao K, Huang X, Goi BM, Yap WS
    Sci Rep, 2020 Dec 03;10(1):21044.
    PMID: 33273539 DOI: 10.1038/s41598-020-78127-2
    Most of existing image encryption schemes are proposed in the spatial domain which easily destroys the correlation between pixels. This paper proposes an image encryption scheme by employing discrete cosine transform (DCT), quantum logistic map and substitution-permutation network (SPN). The DCT is used to transform the images in the frequency domain. Meanwhile, the SPN is used to provide the security properties of confusion and diffusion. The SPN provides fast encryption as compared to the asymmetric based image encryption since operations with low computational complexity are used (e.g., exclusive-or and permutation). Different statistical experiments and security analysis are performed against six grayscale and color images to justify the effectiveness and security of the proposed image encryption scheme.
    Matched MeSH terms: Color
  5. Abdul Razak Daud, Setia Budi, Shahidan Radiman
    Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.
    Nanozarah Co-Ni-Cu telah disediakan dengan kaedah elektropengendapan pada keupayaan pengendapan -925 mV (SCE) menggunakan larutan sulfat (0.018M Co2++ 0.180M Ni2+ + 0.002M Cu2+) yang mengandungi surfaktan Glukopon 215 CSUP dan juga tanpa surfaktan. Kesan kepekatan surfaktan terhadap saiz dan sifat magnet nanozarah Co-Ni-Cu yang terhasil telah dikaji. Analisis morfologi permukaan endapan yang diperoleh dilakukan dengan menggunakan mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM) manakala sifat magnetnya diselidiki dengan menggunakan magnetometer getaran sampel (VSM). Nanozarah Co-Ni-Cu yang disediakan daripada larutan yang mengandungi Glukopon 215 CSUP didapati berbentuk sfera dengan saiz berskala nanometer. Saiz zarah paling kecil ialah lebih kurang 50 nm, diperoleh pada kepekatan surfaktan 5 %v, iaitu kepekatan paling tinggi yang dikaji dalam kajian ini. Kepaksaan (Hc) didapati lebih tinggi pada sampel yang disediakan daripada elektrolit yang mengandungi surfaktan berbanding tanpa surfaktan.
    Matched MeSH terms: Color
  6. N. Hashim, Kamarudin S, Daud W
    Sel tunggal dan berbilang sel metanol langsung berskala mikro dengan luas permukaan 1.0 cm2 beroperasi secara pasif telah dibangunkan dan diuji. Gas oksigen telah diambil dari persekitaran dan larutan metanol disimpan pada ruang tersedia pada bahagian anod. Prestasi sel tunggal diuji dengan menggunakan beberapa kepekatan metanol antara 1.0 M hingga 5.0 M dan keputusan menunjukkan kepekatan 4.0 M memberikan prestasi yang optimum pada operasi sel. Stek yang mengandungi 6 sel difabrikasi dan diuji dengan menggunakan kepekatan metanol optimum iaitu 4.0 M dan tenaga yang terhasil dengan muatan mangkin yang berbeza pada anod dibandingkan. Kombinasi muatan mangkin 3.0 mg cm-2 Pt/Ru pada anod dan 2.0 mg cm-2 Pt pada katod memberikan nilai tenaga yang paling tinggi antara kombinasi lain iaitu 12.05 mW pada 1.08 V dan 11.2 mA.
    Matched MeSH terms: Color
  7. Masturah E, Kong L, Norhasidah S, Maaruf A
    Sains Malaysiana, 2015;44:399-403.
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan yis daripada fermentasi beras putih dan perang terhadap
    ciri fizikal roti. Yis daripada empat perlakuan fermentasi iaitu beras putih mentah (BP), beras putih dimasak (BPM), beras
    perang mentah (BB) dan beras perang dimasak (BBM) telah digunakan untuk penghasilan roti. Kualiti roti dinilai daripada
    segi isi padu spesifik, tekstur, saiz, bilangan liang, kandungan kelembapan serta warna. Hasil kajian menunjukkan yis
    BBM menghasilkan isi padu spesifik roti yang tertinggi dan tekstur yang paling lembut. Kandungan kelembapan kulit dan
    isi roti yang difermentasi oleh yis BBM adalah tertinggi. Bilangan liang yang banyak dan saiz liang yang kecil pada roti
    yis BBM telah menghasilkan tekstur yang paling halus dan mempunyai kecerahan (L*) yang tertinggi. Keseluruhannya,
    yis BBM menunjukkan potensi sebagai agen penaik dalam industri bakeri.
    Matched MeSH terms: Color
  8. Kaur S, Kulikowski J
    This study was conducted to see if slow test presentations of 1 Hz was detected by the chromatic system and higher rates of flicker of 25 Hz, 33 Hz and 40 Hz were detected by the pure flicker system at lower and higher background luminances. Spectral sensitivity measurements were carried out using a 1.2 degree test spot presented at a rate of 1 Hz, 25 Hz, 33 Hz and 40 Hz on a white background. The background luminance used were 100 td, 250 td, 500 td, 750 td, 1000 td, 2500 td and 4000 td. The study showed that the detection of a 1 Hz test is possible by 2 mechanisms, the chromatic system at high background luminance and the achromatic and chromatic systems at low background luminance. In the case 25 Hz, it is not entirely detected by the 'pure flicker system' and the transient achromatic system might contribute in its detection. Flicker rates of 33 Hz and higher are detected by the pure flicker system.
    Kajian ini dilakukan untuk melihat sama ada presentasi ujian secara perlahan iaitu 1 Hz dikesan oleh sistem kromatik dan ketipan pada kadar yang tinggi, iaitu 25 Hz, 33 Hz dan 40 Hz dikesan oleh sistem ketipan yang tutin pada luminans latar belakang rendah dan tinggi. Pengukuran sensitiviti spektral telah dijalankan dengan menggunakan satu cahaya ujian bulat berukuran 1.2 darjah yang dipersembahkan pada kadar 1 Hz, 25 Hz, 33 Hz dan 40 Hz pada latar belakang putih. Luminans latar belakang yang telah digunakan adalah 100 td, 250 td, 500 td, 750 td, 1000 td dan 4000 td. Kajian ini menunjukkan yang pengesanan ujian 1 Hz adalah melalui 2 mekanisma, mungkin sistem kromatik pada luminans latar belakang yang tinggi dan sistem akromatik dan kromatik pada luminans latar belakang yang rendah. Bagi 25 Hz pula, ia tidak secara keseluruhannya dikesan oleh sistem kelipan yang tutin dan mungkin sistem akromatik transien yang terlibat dalam pengesanannya. kadar ketipan 33 Hz dan lebih darinya adalah dikesan oleh sistem ketipan yang tulin.
    Matched MeSH terms: Color
  9. Ani Shabri, Abdul Aziz Jemain
    Sains Malaysiana, 2007;36:201-206.
    Sejak taburan normal ditemui dan ianya merupakan salah satu taburan yang penting dalam statistik, terdapat banyak pengujian statistik yang dibangunkan untuk menguji kenormalan data. Namun begitu masih tidak banyak kajian yang dilakukan untuk melihat kembali keupayaan pengujian statistik yang sedia ada. Sebahagian daripada pengujian statistik didapati mudah tetapi hanya sesuai untuk sesuatu keadaan. Dalam kajian ini, pengujian statistik berdasarkan statistik Cramer-von Mises cuba diperbaiki berdasarkan rumus Weibull. Kekuatan statistik yang baru ini dibandingkan kekuatan dengan statistik traditional Anderson-Darling (AD), Cramer von-Mises (CR), Kolmogorov-Smirnov (KS) dan Shapiro-Wilk (SW). Kajian simulasi berdasarkan beberapa taburan yang berbeza menunjukkan pengujian statistik yang dicadangkan paling sesuai untuk menguji kenormalan.
    Matched MeSH terms: Color
  10. Sarizal Md Ani, Andanastuti Muchtar, Norhamidi Muhamad, Jaharah A. Ghani
    Sains Malaysiana, 2013;42:1311-1317.
    Pencirian keseragaman campuran dan sifat reologi bahan suapan merupakan elemen penting dalam melaksanakan proses pengacuan suntikan seramik. Kesesuaian bahan suapan yang dibangunkan dapat mengurangkan masalah yang timbul ketika proses pengacuan suntikan, penyahikatan dan pensinteran. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pembebanan serbuk yang optimum berdasarkan kepada keseragaman campuran dan sifat reologi bahan. Pencirian keseragaman campuran ditentukan berdasarkan kepada nilai tork yang rendah dan berkeadaan mantap. Kajian reologi pula dilakukan dengan menggunakan mesin reometer rerambut. Ujian dijalankan pada julat suhu 150 dan 170oC dengan beban kenaan antara 20 dan 90 kgf. Bahan suapan yang digunakan terdiri daripada kombinasi serbuk seramik alumina-zirkonia bersama bahan pengikat polietilena berketumpatan tinggi, lilin parafin dan asid stearik. Hasil kajian menunjukkan bahan suapan bersifat pseudoplastik dengan pencampuran bahan yang seragam dalam tempoh kurang daripada 30 min. Hasil keputusan juga mendapati pada pembebanan serbuk 57% isi padu adalah yang paling optimum untuk proses pengacuan suntikan seramik berdasarkan kepada nilai kelikatan, indeks hukum kuasa dan tenaga pengaktifan aliran yang rendah.
    Matched MeSH terms: Color
  11. Nor Faiz N, Omar R
    A study on the presence of recent ostracoda in the offshore sediment had been done at Pulau Tioman, Pahang. A total of 12 sediment samples were taken for this study. 34 species, 28 genera and 14 families had been identified from a total of 1,985 ostracoda specimens. Station ST4 recorded the highest abundance of ostracoda with 442 specimens and followed by station ST5 with 322 specimens while station ST12 recoded the lowest abundance with only 29 species. From the 34 species discovered, Loxoconcha paiki was the most dominant species with 198 individuals, followed by Pistocythereis bradyi with 192 individuals and Venericythere papuensis with 188 individuals. As for the family, Trachyleberididae is the most dominant family with a total of 478 specimens (representing 24.08% of the total specimens).
    Keywords: Offshore sediment; Pulau Tioman; recent ostracoda
    Matched MeSH terms: Color
  12. Ramlan Omar, Noraswana Nor Faiz
    Sains Malaysiana, 2010;39:199-207.
    Kajian mengenai taburan ostrakod di dalam sedimen luar pantai telah dijalankan sekitar Pulau Besar, Johor. Sebanyak 11 stesen telah dipilih sebagai stesen pensampelan. Sebanyak 47 spesies ostrakod hidup dan mati daripada 37 genus dan 18 famili telah dikutip dan dikenal pasti. Sebanyak 1036 spesimen mati dan 932 spesimen hidup telah dijumpai di kawasan kajian. Spesies yang paling dominan adalah Pistocythereis cribriformis dan famili yang paling dominan ialah Trachyleberididae. Famili yang mempunyai kepelbagaian spesies terbanyak ialah Trachyleberididae dengan 14 spesies. Beberapa parameter fiziko-kimia telah diukur secara in-situ terdiri daripada suhu, saliniti, oksigen terlarut, pH dan kedalaman. Julat bagi setiap parameter masing-masing adalah 27.05-30.80oC, 31.20-34.01 ppt, 6.90-11.93 mg/L dan 6.60-20.50 m. Bagi parameter fiziko-kimia ex-situ seperti peratus bahan organik, pasir, lodak dan lempung dengan julat bagi setiap parameter masing-masing adalah 1.98-7.58%, 74.87-95.05%, 0.05-24.21% dan 0.75-9.74%. Tekstur sedimen di kawasan kajian boleh dikelaskan kepada pasir berlodak, pasir sangat halus, pasir halus, pasir sederhana dan pasir kasar. Indeks Shannon-Wiener, H(S) yang paling tinggi dicatatkan pada stesen ST 6 dengan 2.91 dan paling rendah pada stesen ST 11 iaitu 2.26. Kelimpahan dan kepelbagaian ostrakod adalah berkait dengan ciri-ciri sedimen. Peratus lodak menunjukkan korelasi positif yang signifikan manakala suhu dan peratus pasir menunjukkan korelasi negatif yang signifikan dengan kelimpahan ostrakod bentos. Parameter-parameter fiziko-kimia yang lain tidak menunjukkan hubungan yang signifikan.
    Matched MeSH terms: Color
  13. Hussein AA, Rahman TA, Leow CY
    Sensors (Basel), 2015;15(12):30545-70.
    PMID: 26690159 DOI: 10.3390/s151229817
    Localization is an apparent aspect of a wireless sensor network, which is the focus of much interesting research. One of the severe conditions that needs to be taken into consideration is localizing a mobile target through a dispersed sensor network in the presence of physical barrier attacks. These attacks confuse the localization process and cause location estimation errors. Range-based methods, like the received signal strength indication (RSSI), face the major influence of this kind of attack. This paper proposes a solution based on a combination of multi-frequency multi-power localization (C-MFMPL) and step function multi-frequency multi-power localization (SF-MFMPL), including the fingerprint matching technique and lateration, to provide a robust and accurate localization technique. In addition, this paper proposes a grid coloring algorithm to detect the signal hole map in the network, which refers to the attack-prone regions, in order to carry out corrective actions. The simulation results show the enhancement and robustness of RSS localization performance in the face of log normal shadow fading effects, besides the presence of physical barrier attacks, through detecting, filtering and eliminating the effect of these attacks.
    Matched MeSH terms: Color
  14. Kohli S, Bhatia S
    Biomed J, 2015 May-Jun;38(3):244-9.
    PMID: 25355393 DOI: 10.4103/2319-4170.143519
    Proper function, esthetics, and cost are the prime factors to be considered while selecting bridge veneering materials. The purpose of the study is to evaluate color durability of acrylic veneer materials after immersion in common beverages at different time intervals.
    Matched MeSH terms: Color
  15. Abdul-Rashid, H.A., Al-Qdah, M.T., Chuah, H.T., Tayahi, M.
    ASM Science Journal, 2008;2(2):129-132.
    MyJurnal
    The operating principle and the performance of chromatic dispersion (CD) measurement technique are discussed through developed numerical models. The performance of the CD measurement technique was studied in terms of the measurement range and sensitivity as the wavelength separation was varied. Based on the numerical model, the technique sensitivity increased with wavelength separation. However, this increase in sensitivity was traded off with a narrower measurement range. The measurement technique was optimized at 5.0 GHz wavelength separation with a sensitivity of 0.009 (dB/ps/nm) and measurement range of 2500 ps/nm.
    Matched MeSH terms: Color
  16. Ooi CH, Talib MR
    Sci Rep, 2016 08 30;6:32056.
    PMID: 27571644 DOI: 10.1038/srep32056
    We report on some interesting phenomena in the focusing and scattering of femtosecond laser pulses in free space that provide insights on intense laser plasma interactions. The scattered image in the far field is analyzed and the connection with the observed structure of the plasma at the focus is discussed. We explain the physical mechanisms behind the changes in the colorful and intricate image formed by scattering from the plasma for different compressions, as well as orientations of plano-convex lens. The laser power does not show significant effect on the images. The pulse repetition rate above 500 Hz can affect the image through slow dynamics The spectrum of each color in the image shows oscillatory peaks due to interference of delayed pulse that correlate with the plasma length. Spectral lines of atomic species are identified and new peaks are observed through the white light emitted by the plasma spot. We find that an Ar gas jet can brighten the white light of the plasma spot and produce high resolution spectral peaks. The intricate image is found to be extremely sensitive and this is useful for applications in sensing microscale objects.
    Matched MeSH terms: Color
  17. Huang N, Radiman S, Chia C, Lim H, Khiew P, Chiu W, et al.
    Kobalt sulfida telah dihasilkan dengan kaedah pemendakan kimia di dalam kehadiran 0.1% ester sukrosa S1670s. Corak pembelauan sinar-x (XRD) menunjukkan kobalt sulfida yang dihasilkan mempunyai sifat amofos dan analisis sinar-x (EDX) menunjukkan kobalt sulfida yang terbentuk mempunyai nisbah atom Co: S dalam 1:1.08 iaitu CoS. CoS yang terbentuk mempunyai struktur liang bersaiz nano (~10 nm) apabila diperhatikan di bawah elektron mikroskop transmisi (TEM) dan disahkan oleh ujian penjerapan gas nitrogen (BET). Pembentukan struktur liang adalah disebabkan oleh struktur misel ester sukrosa yang mempunyai saiz misel dalam lingkungan 10 nm. CoS yang dihasilkan diuji keupayaan penjerapan dengan metilena biru sebagai sampel pewarna. Didapati keupayaan penjerapan optimum CoS ialah 110 mg/g dan pH yang paling sesuai untuk penjerapan berlaku adalah lebih daripada 6.
    Matched MeSH terms: Color
  18. Azhar Abdul Halim, Muhammad Ikram A Wahab, Nor Hasleda Mamat @ Alias
    Sains Malaysiana, 2011;40:1271-1276.
    Penyingkiran boron dalam larutan akuas secara penjerapan telah dikaji dengan menggunakan penjerap komposit yang menggabungkan zeolit, batu kapur, karbon teraktif dan buangan arang sekam padi. Parameter optimum seperti pH, masa sentuhan optimum dan dos bahan penjerap dikaji. Kajian isoterma penjerapan dan kinetik penjerapan turut dijalankan. Hasil penyelidikan menunjukkan penyingkiran boron paling optimum berlaku pada pH5 dan masa sentuhan optimum ialah pada minit ke 120. Dos optimum bagi penyingkiran boron dalam larutan akuas ialah pada dos 280 g/L dan penyingkiran yang dapat dilakukan ialah sebanyak 50.49%. Dalam kajian isoterma, model isoterma Langmuir dan Freundlich telah diaplikasikan dan hasil kajian membuktikan bahawa kajian isoterma penjerapan adalah mematuhi model isoterma Langmuir (R2 = 0.8792). Nilai kapasiti penjerapan maksimum (qm) yang diperoleh daripada model isoterma Langmuir adalah 1.8985 mg/g. Kajian kinetik penjerapan dijalankan untuk mengetahui mekanisme proses penjerapan dan hasil kajian menunjukkan kadar kinetik bagi penjerapan boron ini adalah mematuhi model kinetik tertib kedua. Pekali korelasi yang diperoleh untuk model kinetik tertib kedua ini adalah 0.9929. Ini mencadangkan bahawa kinetik penjerapan boron adalah dipengaruhi oleh proses kimia.
    Matched MeSH terms: Color
  19. Nor Zawanah Ab. Hamid, Jamaliah Md Jahim, Nurina Anuar, Sahaid Khalid
    Sains Malaysiana, 2012;41:1587-1593.
    Hidrogen merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan efektif. Hidrogen boleh dihasilkan melalui fotofermentasi oleh bakteria ungu tanpa sulfur seperti Rhodobacter sphaeroides disebabkan kebolehan yang tinggi dalam menghasilkan hidrogen dalam keadaan anaerobik. Dalam kajian ini, bakteria dieram di dalam botol serum 100 mL dalam keadaan anaerobik. Kajian ini bertujuan untuk memaksimumkan penghasilan hidrogen oleh Rhodobacter sphaeroides NCIMB 8253 yang melibatkan kajian mengenai inokulum dalam keadaan aerobik dan anaerobik, kesan pH awal dan kesan keamatan cahaya terhadap penghasilan hidrogen. Daripada uji kaji yang dilakukan, didapati bahawa inokulum yang dieram pada keadaan anaerobik menghasilkan hidrogen tertinggi iaitu 220.5 mL/g substrat. pH 7 adalah pH yang paling sesuai digunakan untuk penghasilan hidrogen. Keamatan cahaya 5,000 lux adalah nilai optimum yang dapat memberikan penghasilan hidrogen tertinggi iaitu 80.21 mL hidrogen dengan hasil hidrogen 401.04 mL/g substrat. Penghasilan hidrogen didapati semakin menurun pada keamatan cahaya yang lebih tinggi daripada 5,000 lux.
    Matched MeSH terms: Color
  20. Chemah T, Aminah A, Wan Aida W, Noriham A
    Sisa puri pitaya merah bersama biji telah digunakan dalam penyediaan mufin yang dicampurkan dengan 10%, 15% dan 20% puri dalam formulasi bater. Ujian warna, kandungan jumlah polifenol, jumlah flavonoid, ujian antioksida; pemerangkapan radikal bebas 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH) dan ujian penurunan ferrik (FRAP) telah dijalankan. Warna bater 3 jenis mufin tersebut berwarna merah jambu violet. Warna merah jambu (nilai a) meningkat dengan signifikan (p<0.05) selaras peningkatan peratus kandungan puri manakala kecerahan (nilai L) menurun dengan peningkatan puri. Apabila dimasak, semua warna merah jambu daripada bater hilang. Permukaan mufin adalah lebih gelap (nilai L), dengan mufin 20% puri paling signifikan (p<0.05). Isi kesemua mufin berwarna kuning dan kecerahan (nilai L) didapati berkurang secara signifikan (p<0.05) dengan pertambahan peratus puri. Jumlah polifenol sampel mufin menunjukkan mufin 10% puri pitaya ekstrak air mengandungi jumlah polifenol yang paling tinggi (29.0 mg GAE/100 g sampel). Kandungan flavonoid menunjukkan mufin 20% puri pitaya mengandungi flavonoid yang paling signifikan (p<0.05) 15.3 mg katekin/100 g sampel berbanding mufin kawalan 11.0 mg katekin. Bagi ujian antioksida DPPH, semua mufin dengan puri pitaya menunjukkan peratus pemerangkapan yang lebih baik berbanding kawalan. Ujian FRAP menunjukkan pola yang serupa dengan keputusan mufin 10% (17.4), mufin 15% (15.4) dan mufin 20% (17.5 mg trolox/100 g sampel). Warna merah jambu bater mufin hilang semasa proses memasak namun nilai antioksida masih diperolehi dalam mufin masak.
    Matched MeSH terms: Color
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (tengcl@gmail.com)

External Links