Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.

Abstract

Nanozarah Co-Ni-Cu telah disediakan dengan kaedah elektropengendapan pada keupayaan pengendapan -925 mV (SCE) menggunakan larutan sulfat (0.018M Co2++ 0.180M Ni2+ + 0.002M Cu2+) yang mengandungi surfaktan Glukopon 215 CSUP dan juga tanpa surfaktan. Kesan kepekatan surfaktan terhadap saiz dan sifat magnet nanozarah Co-Ni-Cu yang terhasil telah dikaji. Analisis morfologi permukaan endapan yang diperoleh dilakukan dengan menggunakan mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM) manakala sifat magnetnya diselidiki dengan menggunakan magnetometer getaran sampel (VSM). Nanozarah Co-Ni-Cu yang disediakan daripada larutan yang mengandungi Glukopon 215 CSUP didapati berbentuk sfera dengan saiz berskala nanometer. Saiz zarah paling kecil ialah lebih kurang 50 nm, diperoleh pada kepekatan surfaktan 5 %v, iaitu kepekatan paling tinggi yang dikaji dalam kajian ini. Kepaksaan (Hc) didapati lebih tinggi pada sampel yang disediakan daripada elektrolit yang mengandungi surfaktan berbanding tanpa surfaktan.