Abstract

Sel tunggal dan berbilang sel metanol langsung berskala mikro dengan luas permukaan 1.0 cm2 beroperasi secara pasif telah dibangunkan dan diuji. Gas oksigen telah diambil dari persekitaran dan larutan metanol disimpan pada ruang tersedia pada bahagian anod. Prestasi sel tunggal diuji dengan menggunakan beberapa kepekatan metanol antara 1.0 M hingga 5.0 M dan keputusan menunjukkan kepekatan 4.0 M memberikan prestasi yang optimum pada operasi sel. Stek yang mengandungi 6 sel difabrikasi dan diuji dengan menggunakan kepekatan metanol optimum iaitu 4.0 M dan tenaga yang terhasil dengan muatan mangkin yang berbeza pada anod dibandingkan. Kombinasi muatan mangkin 3.0 mg cm-2 Pt/Ru pada anod dan 2.0 mg cm-2 Pt pada katod memberikan nilai tenaga yang paling tinggi antara kombinasi lain iaitu 12.05 mW pada 1.08 V dan 11.2 mA.