Halangan utama untuk mengkomersialkan mikro sel fuel metanol langsung (μSFML) sebagai sumber kuasa bagi peralatan mudah alih adalah prestasi sel fuel itu sendiri. Dalam kajian ini, didapati penghasilan keluaran kuasa yang tinggi oleh μSFML iaitu 14.10 mW pada 4 cm2 keluasan kawasan aktif dengan menggunakan muatan mangkin yang rendah, 0.5 mg cm-2 pada bahagian katod telah diperolehi. Penentuan parameter-parameter reka bentuk yang optimum juga telah dikenal pasti. Di samping itu, pengujian ke atas prestasi, jangka hayat dan voltan arus terbuka (OCV) turut dilakukan.