Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Sel bahan api mikrob (SBAM) ialah sebuah bioreaktor yang bertindak menukarkan tenaga kimia kepada tenaga elektrik daripada pengoksidaan bahan organik oleh mikroorganisma. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan faktor jenis elektrod, pH dan luas permukaan elektrod katod (25.75 cm2 dan 51.50 cm2) terhadap prestasi penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan air sisa kumbahan domestik berkepekatan tinggi. SBAM berkepekatan 3750 mg/L COD yang menggunakan katolit pH 6.5 dan katod kertas karbon telah mencapai ketumpatan kuasa yang tertinggi, 61.98 mW/m2. Sementara SBAM berkepekatan 1375 mg/L COD yang menggunakan katolit pH 6.5 dan katod kain karbon telah mencapai ketumpatan kuasa yang tertinggi, 66.21 mW/m2. Penyingkiran COD berjaya mencapai sehingga 96 % di dalam reaktor SBAM ini. Penghasilan tenaga elektrik saling berkait rapat dengan parameter yang digunakan. Namun penambahan luas permukaan katod tidak memberikan kesan yang memberangsangkan terhadap pengeluaran tenaga elektrik.