Kesan penambahan In2
O3
terhadap superkonduktor (Bi1
.
6
Pb0.4)Sr2
Ca2
Cu3
O10 (In2
O3
)x
(x = 0- 0.1 peratus berat) telah
dikaji. Pencirian yang dijalankan ialah pembelauan sinar-X, mikrostrukur, rintangan elektrik, kerentanan arus ulang
alik dan ketumpatan arus genting antara butiran. Suhu genting mula, Tc mula dan suhu genting sifar, Tc sifar adalah
tertinggi bagi sampel x = 0 iaitu Tc mula = 112 K dan Tc sifar = 90 K. Corak pembelauan sinar-X menunjukkan peratus isi
padu fasa (Bi1
.
6
Pb0.4)Sr2
Ca2
Cu3
O10 (Bi-2223) dan (Bi1
.
6
Pb0.4)Sr2
CaCu2
O8
(Bi-2212) adalah hampir sama untuk semua
sampel. Pengukuran kerentanan ulang alik telah dijalankan pada frekuensi 295 Hz dan medan magnet H = 5 Oe.
Dua peralihan pada kerentanan ulang alik bagi x = 0 menandakan kewujudan fasa Bi-2223 dan Bi-2212. Suhu pada
puncak kehilangan tenaga, Tp
untuk kerentanan khayal, χ”adalah tertinggi (74 K dan 104 K) untuk x = 0. Penambahan
In2
O3
telah menyebabkan Tp
beranjak kepada suhu lebih rendah dan ini menunjukkan fluks magnet menembusi antara
butiran pada suhu yang semakin menurun apabila In2
O3
ditambah. Lengkung puncak Tp
juga melebar apabila In2
O3
ditambah. Ini menunjukkan gandingan antara butiran yang semakin lemah dan tenaga pengepinan fluks yang menurun.
Ketumpatan arus genting antara butiran Jc
(Tp
) telah diukur menggunakan model Bean dan nilainya adalah antara 16
hingga 20 A cm-2 bagi semua sampel. Satu model skematik arus aruhan bagi bahan polihablur yang mengandungi dua
fasa superkonduktor dengan pecahan isi padu yang sama tetapi suhu genting yang berlainan dibincangkan.