Samples of Mn0.6-zMgzZn0.4Fe2O4 ferrites (z = 0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4, 0.5 and 0.6) were prepared by solid state reaction. X-ray diffraction (XRD) confirmed the formation of a single phase spinel structure. Analysis of XRD data indicates that the lattice parameter (a) and XRD density (ÏXRD) decrease with the substitution of Mn by Mg. This ferrite system indicates a maximum magnetization at a certain composition of Mg. The initial permeability (µi) increases for samples with higher magnetization, while the coercivity vary in the opposite manner. DC resistivity (Ï) at 300 K was obtained for annealed an unannealed samples. It is seen that the resistivities at 300 K for samples with z = 0.3, 0.4, 0.5 and 0.6 are lower than the others. The electrical resistivity as a function of temperature in one complete cycle (300 K---680 K---300 K) for unannealed samples indicates anomalies at Neel temperature (TN) and around a certain temperature (Tot). Anomaly at Tot can be seen during heating run and is greater for samples with higher Mg content. The anomaly is absent during cooling run and for the annealed samples except for Z = 0.6. The existence of this anomaly is discussed as due to a contribution of conductivity from the tetrahedral sites and cation redistribution between the two interstitial A and B sites. TN was determined from the variation of resistivity with temperature for the anealed samples and is seen to increase with increasing Mg content. The ferrimagnetic activation energy (Ef) is smaller than the paramagnetic activation energy (Ep) for all samples.
Sistem ferit Mn0.6-zMgzZn0.4Fe2O4 (z = 0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4, 0.5 dan 0.6) disediakan melalui kaedah tindakbalas keadaan pepejal. Pembelauan sinar-X (XRD) mengesahkan kesemua sampel berstruktur spinel fasa tunggal. Analisa data XRD menunjukkan pemalar kekisi (a) dan ketumpatan XRD (rXRD) yang berkurang dengan penggantian Mn oleh Mg. Sistem ferit ini menunjukkan pemagnetan maksimum pada suatu komposisi Mg. Kebolehtelapan awal (µi) meningkat bagi sampel dengan pemagnetan yang tinggi manakala koersiviti (Hc) berubah sebaliknya. Kerintangan elektrik arus terus (Ïat) pada 300 K diukur untuk sampel yang disepuh lindap dan yang tidak disepuh lindap. Nilai kerintangan elektrik pada 300 K untuk sampel dengan z = 0.3, 0.4, 0.5 dan 0.6 didapati lebih rendah berbanding dengan yang lain. Perubahan kerintangan elektrik terhadap suhu dalam satu kitar (300 K---680 K---300 K) bagi sampel yang tidak disepuh lindap menunjukkan anomali pada suhu Neel (TN) dan suatu anomali di sekitar suatu suhu (Tot). Anomali pada Tot dicerap semasa pengukuran suhu meningkat dan semakin jelas untuk sampel dengan kandungan Mg yang tinggi. Anomali tersebut lenyap untuk pengukuran suhu menurun dan pengukuran bagi sampel yang disepuh lindap kecuali untuk z = 0.6. Kewujudan anomali tersebut dibincangkan sebagai berpunca daripada sumbangan kekonduksian pada tapak tetrahedron dan taburan semula kation-kation di antara dua tapak interstis A dan B. TN ditentukan daripada lengkung kerintangan melawan suhu untuk sampel yang disepuh lindap dan didapati meningkat dengan kandungan Mg. Kesemua sampel menunjukkan tenaga pengaktifan ferimagnet (Ef) yang lebih kecil daripada tenaga pengaktifan paramagnet (Ep ).