Sains Malaysiana, 2016;45:1243-1252.

Abstract

Kaedah sol gel digunakan untuk menghasilkan filem nipis CoxZn(1-x)Al2
O4 berstruktur nano pada suhu 600°C. Corak
pembelauan XRD menunjukkan pembentukan struktur tunggal spinel ZnAl2
O4 dan CoAl2
O4
. Saiz hablur dan ketumpatan
bahan berkurangan apabila kepekatan bahan dopan Co bertambah, iaitu masing-masing daripada 19.52 kepada 10.39 nm
dan 4.609 kepada 4.585 g/cm3
. Parameter kekisi pula meningkat daripada 8.085 kepada 8.098 Å apabila Co meningkat.
Analisis FTIR menunjukkan ikatan ZnO, Co dan Al-O berlaku antara 487 hingga 550 cm-1, manakala ikatan spinel bagi
ZnAl2
O4
dan CoAl2
O4
pula terbentuk pada 655 cm-1. Imej AFM menunjukkan kekasaran permukaan menurun apabila Co
bertambah iaitu daripada 30.21 nm (×=0.00) kepada 14.83 nm (×=0.30). Nilai pemalar dielektrik (εr
) menunjukkan
penurunan secara linear apabila Co meningkat iaitu daripada 8.53 kepada 7.31. Seterusnya, GPS antena difabrikasi
menggunakan sampel CoxZn(1-x)Al2
O4
. Prestasi dan frekuensi operasi GPS antena diukur menggunakan penganalisis
rangkaian siri PNA pada frekuensi kenaan 1-2 GHz. Analisis mendapati antena beroperasi pada frekuensi 1.570 Ghz
dengan kerungian pulangan -15.6 hingga -21.2 dB dan lebar jalurnya pula adalah 80 hingga 315 MHz. Kesemua antena
yang telah difabrikasi memenuhi keperluan minimum antena untuk beroperasi pada aplikasi GPS.