Sains Malaysiana, 2007;36:201-206.

Abstract

Sejak taburan normal ditemui dan ianya merupakan salah satu taburan yang penting dalam statistik, terdapat banyak pengujian statistik yang dibangunkan untuk menguji kenormalan data. Namun begitu masih tidak banyak kajian yang dilakukan untuk melihat kembali keupayaan pengujian statistik yang sedia ada. Sebahagian daripada pengujian statistik didapati mudah tetapi hanya sesuai untuk sesuatu keadaan. Dalam kajian ini, pengujian statistik berdasarkan statistik Cramer-von Mises cuba diperbaiki berdasarkan rumus Weibull. Kekuatan statistik yang baru ini dibandingkan kekuatan dengan statistik traditional Anderson-Darling (AD), Cramer von-Mises (CR), Kolmogorov-Smirnov (KS) dan Shapiro-Wilk (SW). Kajian simulasi berdasarkan beberapa taburan yang berbeza menunjukkan pengujian statistik yang dicadangkan paling sesuai untuk menguji kenormalan.