Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Kajian ini mengukur kesan pembawaan semula jadi, punca tekanan dan reaksi tekanan ke atas kesihatan mental di kalangan juvana. Ia melibatkan 55 orang juvana dari pusat pemulihan akhlak dari lingkungan umur 15 hingga 18 tahun. General Health Questionnaire (GHQ28), Student Life Stress Inventory (SLSI), dan Dimensions of Temperament DOTSR-Child (Self) digunakan sebagai alat kajian. Manakala analisis regresi dan korelasi telah dikendalikan untuk menganalisis data. Keputusan kajian menunjukkan punca tekanan, reaksi tekanan dan pembawaan semula jadi tidak memberi kesan yang signifikan ke atas kesihatan mental juvana. Namun punca tekanan secara tunggal didapati menjadi peramal yang signifikan kepada kemurungan juvana dengan menyumbang sebanyak 14.6% daripada varian. Punca kekecewaan menyumbang sebanyak 18.1% daripada varian dalam meramal kemurungan. Reaksi emosi menyumbang sebanyak 10.6% kepada kesan anxieti dan insomnia. Punca tekanan dan pembawaan semula jadi pula menyumbang sebanyak 31% kepada reaksi emosi. Punca tekanan mempunyai korelasi positif yang sederhana dengan reaksi emosi (k = 0.55) dan mempunyai korelasi positif yang rendah dengan pembawaan semula jadi (k = 0.11) dan kesihatan mental (k = 0.23). Kesimpulannya punca tekanan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi reaksi terhadap tekanan. Faktor pembawaan semula jadi tidak mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi reaksi tekanan dan kesihatan mental juvana. Faktor kekecewaan pula merupakan peramal yang signifikan kepada kemurungan.