Affiliations 

  • 1 Universiti Utara Malaysia
MyJurnal

Abstract

Kajian tinjauan secara korelasi ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik dalam mata pelajaran sejarah. Seramai 521 orang murid Tingkatan Empat dari sekolah menengah harian di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah terlibat sebagai sampel kajian dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik Perceptual Learning Style Preferences Questionnaire dan Instrinsic Motivation Inventory yang diadaptasi dan disahkan oleh pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara statistik inferensi iaitu ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang linear positif yang amat tinggi secara signifikan antara gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik, di samping keenam-enam jenis gaya pembelajaran tersebut juga menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang tinggi secara signifikan dengan motivasi intrinsik. Kajian ini memberi implikasi bahawa gaya pembelajaran dan motivasi intrinsik merupakan elemen penting yang perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.