Affiliations 

  • 1 Universiti Utara Malaysia
MyJurnal

Abstract

Kajian berbentuk tinjauan secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah dalam kalangan murid tingkatan satu. Seramai 128 orang murid tingkatan satu terlibat dalam kajian ini yang ditentukan berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Soal selidik yang diadaptasi yang telah disahkan oleh pakar-pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah berada pada tahap tinggi, di samping keenamenam konstruknya iaitu kepentingan belajar sejarah, keseronokkan belajar sejarah, kebolehan belajar sejarah, motivasi belajar sejarah, kerisauan belajar sejarah dan pengajaran guru sejarah juga berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini telah mencadangkan kepada para guru sejarah untuk mengambil langkah-langkah yang strategik bagi memastikan sikap yang lebih positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah dapat dibentuk dalam kalangan murid.