Affiliations 

  • 1 Universiti Malaysia Sabah
MyJurnal

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat penerimaan terhadap penggunaan mobile learning di kalangan pelajar tingkatan 6 dalam mata pelajaran geografi. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini yang melibatkan sebuah pusat tingkatan 6 yang terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah seramai 137 orang pelajar. Semua pelajar yang mengambil mata pelajaran geografi telah diambil sebagai sampel kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini yang telah diubahsuai dan dirujuk daripada Technology Acceptance Model (TAM) untuk menentukan tahap penerimaan terhadap penggunaan mobile learning di kalangan pelajar tingkatan 6 dalam mata pelajaran Geografi. Hasil daripada analisis statistik menunjukkan bahawa tahap penerimaan pelajar terhadap mobile learning berada di tahap yang tinggi.