Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Penggunaan media sosial tanpa budaya civik dan nilai etika dalam kalangan pelajar telah menjerumuskan ramai pelajar IPTA dalam kancah buli siber. Buli secara maya boleh dilakukan dalam muatnaik perkataan kejam, gambar dan video mangsa bagi menguggut, menghasut, fitnah, membalas dendam sehingga pemangsa merasakan dirinya hebat dan berkuasa. Durasi pantas semua maklumat boleh disebarluaskan dalam kadar pantas dengan jangkauan seluas dunia. Antara faktor buli siber berlaku dalam awal dewasa ialah cemburu, menanggih perhatian kawan media sosial, kapasiti ‘jaguh” atau gengster dalam media sosial. Kajian terdahulu lebih mefokuskan kepada fenomena buli dalam kalangan remaja, pelajar sekolah dan pengguna media massa. Manakala, amat kurang kajian berkaitan isu buli siber dalam kalangan mahawiswa. Objektif utama kajian ini ialah meneroka impak buli siber dalam kalangan pelajar UKM. Pendekatan kajian kes digunakan sebagai rekabentuk metodologi kajian ini. Pembinaan garis panduan soalan semi-struktur digunakan untuk temu bual responden. Seramai 6 orang responden telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati terdapat lima kesan utama iaitu masalah emosi, kemurungan, keinginan untuk membunuh diri, kesedihan yang berlebihan, ketakutan dan perasaan marah tidak terkawal yang ditemukan transkrip responden kajian. Implikasi kajian ini diharapkan dapat mencadangkan program intervensi dan advokasi yang sesuai kepada pekerja sosial dalam mengendalikan kes buli siber di Bahagian Kaunseling Siswa, UKM.