Jurnal Psikologi Malaysia, 2014;olume 28:63-84.

Abstract

Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007 menuntut supaya kakitangan akademik berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja universiti penyelidikan. Cabaran utama adalah untuk mengubah tabiat dan tingkahlaku kerja yang lazim kepada yang sepadan dengan keperluan universiti penyelidikan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh personaliti lima faktor terhadap penilaian prestasi kerja berkesan (PPKB) dalam kalangan kakitangan akademik UKM. Kajian Kuantitatif ini menggunakan pengukuran personaliti NEO FFI dan Personality Related-Position Requirement Form bagi mengukur prestasi kerja berkesan. Seramai 204 orang kakitangan akademik UKM terpilih sebagai sampel kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan personaliti individu meramal prestasi kerja berkesan dalam kalangan kakitangan akademik kajian sebanyak 24 peratus. Keputusan kajian memperihalkan bahawa semua faktor personaliti individu yang diukur adalah penting dalam menggambarkan ciri kakitangan akademik kajian kecuali neurotisisme. Kesemua dimensi penilaian prestasi kerja berkesan sepadan dengan data kajian. Kajian ini berjaya mengenalpasti faktor personaliti dan dimensi penilaian prestasi berkesan sebagai kakitangan akademik UKM dalam era universiti penyelidikan.