Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Peningkatan kes penderaan kanak-kanak sehingga kematian kanak-kanak amat membimbangkan keluarga dan masyarakat. Artikel ini akan membahaskan tentang cabaran pekerja sosial dalam melindungi penderaan kanak-kanak di taska. Kajian lepas amat kurang mengkaji isu penderaan kanak-kanak di taska. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian fenomenologi. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 6 orang informan terdiri daripada pekerja sosial telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah taska sekitar Bandar Baru Bangi. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama praktis kerja sosial, konflik profesion dan kemahiran dalam mengendalikan pengurusan kes penderaan kanak-kanak. Implikasi kajian ini mencadangkan program kaunseling individu dan kelompok kepada pekerja sosial dan penting meningkatkan latihan dalam kemahiran mengendalikan pengurusan kes penderaan kanak-kanak yang semakin kompleks dan kritikal di masa depan.