Otot memainkan
peranan penting dalam setiap pergerakan utama manusia seperti berjalan, bernafas,
mengangkat barang dan sebagainya. Harris dan Watkins (1993) mentakrifkan kekuatan otot
sebagai keupayaan otot rangka untuk membangunkan daya untuk tujuan memberikan
kestabilan dan mobiliti di dalam sistem otot, fungsi pergerakan boleh berlaku. Kekuatan otot
berbeza mengikut umur dan jantina. Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan untuk mengukur
kekuatan otot bagi golongan dewasa. Namun demikian, masih kurang penyelidikan telah
dijalankan ke atas kekuatan otot bagi kanak-kanak yang bersekolah di peringkat taska atau pra
sekolah. Kanak-kanak yang belajar di peringkat taska atau pra sekolah adalah kanak-kanak
yang berumur dari 4 hingga 6 tahun. Kajian ulasan ringkas ini mengupas beberapa faktor
yang mempengaruhi kekuatan otot dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah. Kajian-kajian
yang dipilih telah menepati kriteria-kriteria yang telah di tetapkan iaitu: a) hasil dapatan
menunjukkan kaitan antara kekuatan otot dan pelajar pra sekolah dan b) faktor mempengaruhi
kekuatan otot di kalangan kanak-kanak.