Affiliations 

  • 1 Universiti Teknologi MARA
MyJurnal

Abstract

Giardia intestinalis merupakan parasit kosmopolitan dan infeksinya tersebar luas di seluruh dunia terutamanya di negara membangun yang tahap sanitasinya rendah dan kekurangan bekalan air yang bersih. Seramai 71 orang kanak-kanak Orang Asli dari Pos Lenjang, Pahang telah terlibat di dalam kajian ini. Sampel feses dikumpul dan diperiksa bagi mengesan infeksi G. intestinalis dengan menggunakan tiga teknik diagnosis iaitu teknik apusan langsung, konsentrasi formalin-eter dan perwarnaan trikrom. Prevalens infeksi Giardia intestinalis di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang adalah tinggi iaitu 43.7%. Dari segi jantina, prevalens infeksi hampir sama di kalangan kanak-kanak perempuan (45.0%) berbanding kanak-kanak lelaki (41.9%). Infeksi juga didapati lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak bersekolah (48.6%) berbanding kanakkanak pra-sekolah (38.2%).