Displaying all 4 publications

Abstract:
Sort:
  1. NANTHINI RAMALINGAM, KHADIJAH ALAVI
    MyJurnal
    Peningkatan kes penderaan kanak-kanak sehingga kematian kanak-kanak amat membimbangkan keluarga dan masyarakat. Artikel ini akan membahaskan tentang cabaran pekerja sosial dalam melindungi penderaan kanak-kanak di taska. Kajian lepas amat kurang mengkaji isu penderaan kanak-kanak di taska. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian fenomenologi. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 6 orang informan terdiri daripada pekerja sosial telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah taska sekitar Bandar Baru Bangi. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama praktis kerja sosial, konflik profesion dan kemahiran dalam mengendalikan pengurusan kes penderaan kanak-kanak. Implikasi kajian ini mencadangkan program kaunseling individu dan kelompok kepada pekerja sosial dan penting meningkatkan latihan dalam kemahiran mengendalikan pengurusan kes penderaan kanak-kanak yang semakin kompleks dan kritikal di masa depan.
  2. Ainnur Erwana Saharudin, Khadijah Alavi
    MyJurnal
    Bapa tunggal merupakan satu golongan yang kurang dititikberatkan oleh masyarakat termasuk agensi-agensi dan NGO yang memfokuskan kepada kebajikan masyarakat berbanding dengan ibu tunggal. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat merasakan bahawa golongan ini memiliki kekuatan fizikal dan mental yang tinggi memandangkan bapa tunggal adalah kaum lelaki. Namun, tidak dinafikan bahawa golongan bapa tunggal ini juga mengalami tekanan serius kerana kehilangan satu semangat atau sokongan tanpa pasangan hidupnya. Mereka terpaksa menyandang pelbagai tugas dalam rumah tangga dan membesarkan anak-anak. Kajian terdahulu lebih memfokuskan kepada ibu tunggal yang mendapat sokongan sosial daripada pelbagai agensi. Maka tekanan dan sokongan sosial penting dalam permasalahan bapa tunggal terutama dalam pengurusan rumah tangga dan pekerjaan harian. Objektif utama kajian ini ialah meneroka tekanan dan sokongan sosial dalam kalangan bapa tunggal. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian adalah melalui temu bual berstruktur. Tujuh orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah daerah Kuala Selangor, Selangor. Data temu bual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi tekanan terhadap bapa tunggal iaitu emosi, pengurusan rumah tangga dan pekerjaan yang ditemukan menerusi transkrip informan kajian. Manakala sokongan sosial yang diperlukan oleh golongan bapa tunggal ialah kewangan, sokongan moral dan tempat bersembang. Implikasi kajian ini diharapkan dapat mencadangkan program advokasi yang sesuai kepada pekerja sosial dalam mengendalikan kes bapa tunggal dalam komuniti dan institusi.
  3. Suriana Che Awang, Khadijah Alavi
    MyJurnal
    Penggunaan media sosial tanpa budaya civik dan nilai etika dalam kalangan pelajar telah menjerumuskan ramai pelajar IPTA dalam kancah buli siber. Buli secara maya boleh dilakukan dalam muatnaik perkataan kejam, gambar dan video mangsa bagi menguggut, menghasut, fitnah, membalas dendam sehingga pemangsa merasakan dirinya hebat dan berkuasa. Durasi pantas semua maklumat boleh disebarluaskan dalam kadar pantas dengan jangkauan seluas dunia. Antara faktor buli siber berlaku dalam awal dewasa ialah cemburu, menanggih perhatian kawan media sosial, kapasiti ‘jaguh” atau gengster dalam media sosial. Kajian terdahulu lebih mefokuskan kepada fenomena buli dalam kalangan remaja, pelajar sekolah dan pengguna media massa. Manakala, amat kurang kajian berkaitan isu buli siber dalam kalangan mahawiswa. Objektif utama kajian ini ialah meneroka impak buli siber dalam kalangan pelajar UKM. Pendekatan kajian kes digunakan sebagai rekabentuk metodologi kajian ini. Pembinaan garis panduan soalan semi-struktur digunakan untuk temu bual responden. Seramai 6 orang responden telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati terdapat lima kesan utama iaitu masalah emosi, kemurungan, keinginan untuk membunuh diri, kesedihan yang berlebihan, ketakutan dan perasaan marah tidak terkawal yang ditemukan transkrip responden kajian. Implikasi kajian ini diharapkan dapat mencadangkan program intervensi dan advokasi yang sesuai kepada pekerja sosial dalam mengendalikan kes buli siber di Bahagian Kaunseling Siswa, UKM.
  4. Khadijah Alavi, Noraini Che’ Sharif, Ponnusamy Subramaniam, Ponnusamy Subramaniam
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara kebimbangan dan kemurungan dengan kualiti hidup warga emas demensia di institusi jagaan warga emas. Kajian ini turut mencadangkan terapi kelompok reminiscence dalam menurunkan kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penghuni di institusi. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian keratan rentas dan telah dijalankan di Rumah Sri Kenangan Cheras. Seramai 58 warga emas demensia tahap ringan dan sederhana dipilih melalui proses penyaringan oleh pakar psikologi klinikal. Kajian kuantitatif ini telah menggunakan instrumen Quality of Life-AD (QoL-AD), Geriatric Depression Scale (GDS)) dan Beck Anxiety Inventory (BAI) untuk mengkaji hubungan antara kebimbangan dan kemurungan dengan kualiti hidup warga emas demensia. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan antara kualiti hidup dengan tahap kebimbangan. Manakala hubungan antara kualiti hidup dan tahap kemurungan warga emas demensia di RSK Cheras adalah signifikan. Pengaplikasian terapi kelompok reminiscence sebagai salah satu intervensi yang berkesan dalam membantu meningkatkan kualiti hidup dan menurunkan kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan warga emas di institusi penjagaan telah dibincangkan.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links