Affiliations 

  • 1 Universiti Putra Malaysia
MyJurnal

Abstract

Perkhidmatan penghantaran makanan adalah satu perniagaan yang semakin popular
di Malaysia. Permintaan terhadap perkhidmatan ini bukan sahaja daripada kalangan
pekerja pejabat, tetapi juga daripada kalangan mahasiswa di universiti. Oleh itu,
tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sosioekonomi mahasiswa yang
menggunakan perkhidmatan ini, dan juga menganalisis atribut dan persepsi
penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan dalam kalangan mahasiswa di
Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian ini terdiri daripada 200 orang mahasiswa
UPM yang dipilih secara persampelan rawak sistematik. Persempelan Rawak
sistematik dijalankan bagi mendapatkan responden di empat kolej kediaman yang
terpilih. Soal selidik yang digunakan berasaskan Kurtz model. Ia bertujuan untuk
mengetahui atribut perkhidmatan yang ada di pasaran kini, dan persepsi penggunaan
perkhidmatan penghantaran makanan dalam kalangan mahasiswa. Hasil kajian
menunjukkan responden wanita dan responden dari bandar lebih ramai
menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan. Atribut perkhidmatan yang
paling tinggi peratusnya ialah atribut perkhidmatan ini memudahkan. Perkhidmatan
penghantaran makanan memudahkan mahasiswa mendapat makanan dan
memenuhi keperluan fisiologi. Responden dalam kajian ini berpuas hati
menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan ini. Hasil kajian ini
menyumbang data kepada pengusaha restoran yang menjual makanan secara atas
talian apatah lagi pada era Covid-19. Data ini dapat digunakan oleh pengusaha
restoran dalam memahami pengguna atas talian serta mengatasi permasalahan
pengguna, terutama golongan mahasiswa.