Affiliations 

  • 1 Universiti Malaysia Sabah
MyJurnal

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti pengurusan panitia, kualiti pengajaran dan komitmen guru terhadap pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah. Pengurusan panitia dilihat dalam aspek prinsip pengurusan panitia, sifat kendiri dan kemahiran pengurusan. Manakala kualiti pengajaran pula dilihat dari sudut dimensi persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran dan aspek tingkah laku. Seterusnya pemboleh ubah komitmen kerja dilihat dari aspek kesediaan untuk kekal dalam organisasi dan kesediaan untuk memenuhi matlamat organisasi. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan Teori Pengurusan Saintifik Taylor, Teori Vroom dan Teori Side Bet. Pengkaji telah menggumpul sebanyak 335 soal selidik yang telah dijawab dalam kalangan responden guru yang mengajar Bahasa Melayu dan mewakili seluruh sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di Negeri Sabah dengan mengunakan persampelan berkelompok, persampelan kluster dan persampelan rawak mudah. Manakala data pula dianalisis menggunakan program SPSS for Windows Versi 25.0 Ujian regrasi berganda menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara pengurusan panitia dan pencapaian Bahasa Melayu R2 =.485 dan pengaruh Kualiti pengajaran terhadap pencapaian Bahasa Melayu R2 =.646. Manakala pengaruh komitmen kerja terhadap pencapaian Bahasa Melayu menunjukkan nilai pengaruh R2 =.586. Seterusnya dalam analisis regrasi hierarki didapati bahawa konstruk tingkah laku pengajaran guru di bilik darjah memberi sumbangan yang paling besar iaitu sebanyak 41.0% terhadap pencapaian Bahasa Melayu. Pengkaji turut mencadangkan agar pihak berwajib bersama-sama mengembleng tenaga untuk memastikan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sentiasa cemerlang sejajar dengan taraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.