Affiliations 

  • 1 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang
  • 2 Universiti Putra Malaysia
  • 3 Universiti Utara Malaysia
Movement Health & Exercise, 2019;8(1):123-133.
MyJurnal

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persepsi atlet terhadap gaya tingkah laku jurulatih bola sepak sekolah yang digemari dengan gaya tingkah laku sebenar jurulatih bola sepak di Daerah Alor Gajah. Kajian ini melibatkan semua pemain, iaitu seramai 190 pemain bola sepak pasukan sekolah yang berumur di bawah umur 18 tahun yang telah menyertai Pertandingan Bola Sepak antara Zon Peringkat Daerah Alor Gajah. Instrumen Leadership Scale for Sports (LSS) telah digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik ini terdiri daripada 40 item yang telah diedarkan kepada pemain bola sepak. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya tingkah laku kepimpinan yang paling digemari oleh atlet ialah gaya tingkah laku latihan dan arahan (min=3.29) dan gaya tingkah laku demokratik (min=3.20), manakala, dimensi tingkah laku autokratik adalah gaya tingkah laku yang paling tidak digemari (min=2.97). Gaya tingkah laku kepimpinan sebenar jurulatih ialah tingkah laku latihan dan arahan (min=4.49), diikuti dengan tingkah laku demokratik (4.40), maklum balas positif (min=4.40), sokongan sosial (min=4.35), dan tingkah laku autokratik (min=4.20). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua dimensi tingkah laku jurulatih yang digemari dan sebenar kecuali tingkah laku autokratik. Nilai-t yang diperolehi adalah t (187) =3.18, p=0.002.