Kajian kualitatif berbentuk etnografi ini bertujuan mengkaji tahap kompetensiguru sebagai jurulatih bola sepak dan kesannya terhadap prestasi pemain bola sepak Pusat Latihan Daerah (PLD) di Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan selama sembilan bulan bermula dari Julai 2018 hingga April 2019. Sebanyak 10 orang jurulatih PLD dari kalangan guru telah terlibat sebagai peserta kajian dan ditemu bual bagi mendapatkan data. Jumlah peserta kajian telah di tentukan oleh tahap “saturation of information” di mana peserta kajian yang di temu bual didapati sudah tidak dapat mengemukakan sesuatu data yang baru berbanding dengan peserta kajian sebelumnya. Data hasil dari temu bual, pemerhatian dan kajian lapangan serta dokumen yang berkaitan telah dianalisis menggunakan kaedah thematic analysis seperti yang telah dicadangkan oleh Patton (2002). Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati tahap kompetensi latihan, kompetensi perlawanan dan kompetensi pengurusan jurulatih dari kalangan guru dapat mempengaruhi prestasi pemain bola sepak PLD di Kuala Lumpur seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatankualiti pemain bola sepak di Malaysia.