Affiliations 

  • 1 Tawau Hospital
  • 2 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
  • 3 MSU Medical Centre, Jalan Boling Padang 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Medicine & Health, 2020;15(1):88-95.
MyJurnal

Abstract

Pendidikan kemahiran resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada orang awam sangat penting dalam merendahkan kadar kematian serangan jantung. American Heart Association mencadangkan kemahiran tersebut harus dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah. Pelatih rakan sebaya adalah kaedah yang berkos rendah dan berkesan dalam mencapai objektif ini. Objektif kajian terkawal 3 bulan ini adalah untuk membandingkan keberkesanan pengajaran kompresi CPR antara rakan sebaya dan jurulatih Basic Life Support (BLS) kepada pelajar sekolah menengah. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran psikomotor pemampatan CPR adalah hasil utama yang dinilai. Dua belas pelatih rakan sebaya berusia 16 tahun dan dua belas pelatih BLS telah direkrut dalam kajian ini. Kompresi CPR diajarkan kepada 36 pelajar sekolah menengah secara rawak oleh pelatih rakan sebaya (Kumpulan P) atau pelatih BLS (Kumpulan B). Pra-ujian, pasca ujian serta ujian pengekalan 3 bulan mengenai pengetahuan dan kemahiran psikomotor telah dijalankan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam skor min pengetahuan dan psikomotor pada pra-ujian, pasca ujian serta ujian pengekalan 3 bulan antara Kumpulan P dan Kumpulan B. Terdapat peningkatan skor pengetahuan yang signifikan antara pra-ujian dan pasca ujian dalam Kumpulan P (perbezaan min 5.8+2.7, p